sakoz.fm

Selasa, 25 Oktober 2011

~Terima Kasih Sayang~

Suatu petang di taman permainan berdekatan kawasan perumahan.... Sedang mereka duduk berbual tiba-tiba Amira mendapat satu idea.
(GF) Amira:  Sayang, nak main satu game tak?
(BF) Amir   : Game apa..?
(GF) Amira: Adalah.. cakap laa nak main ke tidak?
(BF) Amir   : Macam mana nak setuju kalau tak tahu nak main apa.
(GF) Amira: Huhu... Macam ni permainan dia. Kita tak payah contect dalam masa  seminggu nak? Hee.
(BF) Amir   : Hah? Kenapa macam tu? (nada terkejut)
(GF) Amira: Kenapa? Sebabnyer orang nak tengok awak boleh ke hidup tanpa orang. Hehe...
(BF) Amir   : Ooo... Nak uji saya laa ni ea? Tak boleh.
(GF) Amira: Alaaa... Bukan selalu pun. (merajuk)
(BF) Amir   : Hurm... (berfikir) seminggu lama sangat laa... sehari je tak boleh ke?
(GF) Amira: Seminggu laa sayang baru kita tau erti rindu yang sebenar. Hehehe...
(BF) Amir   : Kenapa beria2 sangat ni?
(GF) Amira: Saje nak buat orang tu tambah rindu kat kite...
(BF) Amir   : Amboi. Tapi kalau terlanggar syarat tu cmner?
(GF) Amira: Haa. Kalau langgar awak kena topapkan saya 30 ringgit ok? (^_^)
(BF) Amir   : Perghh... cekik darah betul laa dia ni.! Okey saya terima cabaran ni. Just wait and see. Entah2 awak yang contect sy dulu. Hahaha.
(GF) Amira: Kita tengok laa macam mana. Hehehe... Okey laa sayang, orang nak balik dulu ea. Ingat tau, no call, no sms dan semua yang berkaitan dengannya. Bye.  Love you sayang. (mula mengatur langkah mendapatkan anak saudaranya yang dari tadi leka bermain buaian)
(BF) Amir  : Love you too dear. (bisik hatinya)
******************
Lima hari berlalu...
Masih tiada call atau sms yang diterima oleh Amir daripada Amira. ‘Huh. Egonya budak nie.! Dah masuk hari kelima pun tak putus asa juga? Haha..tak apa, lagi dua hari lengkap laa seminggu’. Dia ketawa kecil sambil menatap gambar-gambar Amira yang berada di dalam albumnya. Cantik! Kerjaya Amir sebgai profesional photographer membuatkan dia tahu sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar. Lagi-lagi gambar kekasih hatinya itu. :)
                Rindu jangan ditanya... Kalau boleh sekarang juga dia mahu menghubungi Amira. Bertanya khabar,  bergurau senda dan sebagainya. Sungguh perkenalan bersama Nur Amira yang kini hampir mencecah lima tahun berjaya memikat hatinya yang selama ini tertutup untuk bercinta kerana kisah masa lalu. Kalau dihitung waktu, sedar  tidak sedar hanya tinggal lagi dua bulan mereka akan bernikah. Persiapan untuk majlis perkahwinan mereka pun sudah hampir siap. Cepat sungguh masa berlalu. Dia tersenyum lagi.
                Nada dering pada telefon bimbitnya kedengaran. Dengan segera Amir mengangkat, tapi sebelum tu sempat lagi dia menjeling nama pemanggil yang menghubunginya itu. Dia gembira.
                “Hello, assalamualaikum my dear.! Mana janji awak tu kata nak tunggu seminggu baru contect saya?” dia segera menjawab.  Kegembiraan kerana si gadis menelefonnya melonjak-lonjak. Dia rindu akan suara itu.
                “Err... abang, ini Lina laa.” Sepatah sahaja kata si pemanggil. Suaranya seperti takut-takut.
                “Lina? Amalina ke?” duga Amir. Dia seperti dapat menangkap suara gadis tersebut.
                “Ya saya.”
                “Owh... Kakak mana? Kenapa Lina call abang guna nombor kakak?” tanya Amir ingin tahu. Amalina merupakan adik bongsu dalam keluarga Amira, berusia 20 tahun dan merupakan orang yang paling rapat dengan Amira. Lama dia menunggu kata-kata Amalina tapi masih tidak bersuara hanya esakkan kecil kedengaran. Menangiskah dia?
                “Lina, ada apa ni?”tanya Amir risau.
                “Urm abang... Lina minta abang banyak bersabar. Kak Amira baru sahaja pergi tinggalkan kita.” Tangisan Amalina mula menjadi kuat.
                “Means??”
                “Kak... Kak Amira, baru saja meninggal dunia pukul 10 malam tadi.” Dalam sedu dia menjawab.
                “Lina. Jangan main-main dengan abang boleh tak?” Amir sudah terduduk di sofa. Dia benar-benar takut jika perkara itu adalah kenyataan.
                “Tak abang.” Pantas Amalina memotong. Pada waktu itu juga Amalina menceritakan segalanya kepada bakal abang iparnya tentang kepemergian kakaknya itu. Amir sudah tidak mampu bersuara. Air mata lelaki sedikit lagi akan jatuh jika tidak di kawal. ‘Amira...’
                “Terima kasih sebab beritahu abang Lina, pagi esok abang datang ziarahi kamu semua.” Ujar Amir lemah dalam mengakhiri perbualan antara mereka.
                “Sabar ya abang.” Pujuk Amalina.
“Insyaallah. Terima kasih.” Air mata lelaki mula gugur setelah talian di matikan. Astagfirullah.. beratnya dugaan yang engkau berikan kepadaku Ya Allah.
************************
(GF) Amira:  Sayang, nak main satu game tak?
(BF) Amir   : Game apa..?
(GF) Amira: Adalah.. cakap laa nak main ke tidak?
(BF) Amir   : Macam mana nak setuju kalau tak tahu nak main apa.
(GF) Amira: Huhu... Macam ni permainan dia. Kita tak payah contect dalam masa    seminggu nak? Hee.
(BF) Amir   : Hah? Kenapa macam tu? (nada terkejut)
(GF) Amira: Kenapa? Sebabnyer orang nak tengok awak boleh ke hidup tanpa orang.  Hehe...
 
‘Sayang... sampai hati awak buat saya macam ni. Kenapa awak sembunyikan tentang kesihatan awak? Kenapa awak tak beritahu saya awak masuk hospital? Kenapa awak tak beritahu saya yang penyakit awak dah melarat? Kenapa tak beritahu saya? Kenapa awak sembunyikan hal ni dari saya? Awak tahu tak bertapa terkilannya hati saya pagi tadi masa pandang wajah awak? Saya pandang muka orang yang saya sayang tapi tidak bernyawa lagi. Saya pandang wajah bakal isteri saya tapi dia tak bernyawa lagi. Awak tau tak bertapa hancurnya hati saya lihat awak kaku di pembaringan pagi tadi?’
‘Sayang... saya tahan perasaan rindu saya kat awak sejak lima hari yang lalu semata-mata nak tunggu seminggu untuk game ciptaan awak tu. Tiba-tiba semalam saya dapat panggilan kata awak dah tiada. Awak tahu tak perasaan saya macam mana pada masa tu? Sedih yang teramat sangat.! Tapi sebenarnya saya tak salahkan awak dalam hal ni. Saya cuma terkilan sebab tak dapat cakap atau berjumpa awak untuk saat-saat terakhir awak hembuskan nafas. Itu sahaja.’
‘Sayang... terima kasih kerana sedarkan saya main game awak tu. Banyak maksud tersirat yang saya telah sedari... Awak sengaja tak nak beritahu saya sebab nak saya jadi insan yang bersabar dan yang paling utama redha dengan segala ujian. Terima kasih sayang, saya doakan semoga awak peroleh kebahagiaan dan kesenangan di sana. Amin..’
 

Selasa, 4 Oktober 2011

Memori Semalam

          “Masyitah.” Tegur seorang pemuda dari arah belakangnya.
Si gadis yang terkejut akibat disapa segera memalingkan leher mencari dari mana datangnya suara itu. Kelihatan sekujur tubuh berkemeja merah kotak-kotak dan bersarungkan jaket Pembantu Mahasiswa (PM) untuk Minggu Destinasi Siswa (MDS) tersenyum memandangnya. Dia tergamam.
            “Assalamualaikum. Nadiatul Masyitah kan ni?” tanyanya sambil tersenyum. Suasana di dalam Dewan Sri Temenggung agak bising pada waktu itu dengan pelbagai keletah pelajar-pelajar baru yang datang mendaftarkan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran bagi semester 1.
            “Abang.” Sayu perkataan yang dituturkan Masyitah.
            “Selamat datang ke alam Universiti.” Ucap Lutfhi girang.
            “Terima kasih.”
            “Akhirnya berjumpa juga kita kan?”  dia tersenyum lagi. Ikhlas atau tidak senyuman itu Masyitah tidak tahu. Maklumlah seorang PM kan harus bersikap ramah dengan mereka.
Nadiatul Masyitah terus berlalu meninggalkan Muhammad Lutfhi bersendirian. Memang sikapnya itu agak keterlampauan tapi bagaimana lagi? Dia tidak mampu untuk berhadapan lama dengan bekas kekasihnya itu. Mungkin sahaja dia boleh mengalirkan air mata di hadapan Muhammad Lutfhi.
***************************************
“Masyitah.”
“Abang nak apa lagi?” langkah Masyitah terhenti. Dadanya berombak menahan marah. Hatinya hancur dengan kata-kata Muhammad Lutfhi sebentar tadi. Berlagak alim konon.!
“Marah abang ke?” tanya Muhammad Lutfhi lalu memperlahankan langkahnya mendapatkan Nadiatul Masyitah.
“Tak laa... marah pokok!” marah Nadiatul Masyitah. ‘Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.!’ Getus hatinya.  Matanya sudah merah menahan tangis. Perasaannya marah dan sedih bercampur baur sekarang. Kalau dahulu bila dia menangis sudah pasti Muhammad Lutfhi mengusap air matanya. Sekarang???
Muhammad Lutfhi tersenyum. “Awak ni lawak jugak kan? Kenapa nak marah pokok? Bukannya dia buat salah kat awak pun.” Dia tergelak kecil sambil mengeluarkan sapu tangan hijaunya. “Nah, ambik ni... lap air mata tu.” Sapu tangan yang berada kemas di tangannya di hulurkan kepada kekasihnya yang sedang marah. Dia faham perasaan Nadiatul Masyitah tapi apa lagi dia mampu buat selain tenangkan gadis dihadapannya itu.
            “Arghh..! Abang ni.!” Air matanya mula hendak mengalir keluar.
            “Nadiatul Masyitah. Dengar sini. Abang bukan sengaja nak putuskan hubungan kita tapi awak kenalah faham.” Muhammad Lutfhi menghentikan kata-katanya apabila melihat air mata si gadis mengalir. Hatinya sedikit terusik. Dia menarik nafas dalam-dalam. “Masyitah, sudah laa tu. Awak tu masih muda so tumpukan perhatian awak pada pelajaran. Jangan terlalu fikirkan soal cinta. Abang minta maaf sebab seret awak dalam hal ni tapi abang sedar yang bercinta sebelum kahwin ni terlalu banyak cabaran.”
            “Abang! Cabaran apa abang? Selama kita bercinta apa cabaran yang kita dapat? Ada ke?” Nadiatul Masyitah mula memberontak. Angin yang bertiup lembut tidak mampu menyejukkan hatinya.
            “Cabaran mengawal diri kita daripada menolak ajakkan syaitan. Masyitah, selama kita bercinta ini kita selalu pegang-pegang tangan kan? Bila time azan pun kita selalu abaikan kan? Buat tak tahu je kan. Abang dah sedar dengan semua ni. Abang tak nak ulangi kesilapan ni. Awak anak ustaz, kena jaga adab bukan keluar dengan lelaki sembarangan macam abang ni.” Jawab Muhammad Lutfhi tenang.
            “Abang...”
            “Jangan tangisi apa yang berlaku sekarang. Awak ada hak untuk cari lelaki yang lagi baik dari abang. Kalau kita ada jodoh kita akan jumpa lagi. Ambil ni, kesat air mata tu.” Bergetar suara Muhammad Lutfhi mentuturkan kata-kata kepada gadis bertudung hijau itu.
*******************************
“Zul!! Tolong.!! Zul tolong tengok Panjang cepat! Aku nak pergi panggil Shahir suruh dia cari Ustaz Adnan.” Panggil Hamdan iaitu salah seorang PM yang bertugas membawa pelajar-pelajar asrama Putra ke masjid untuk solat subuh pada pagi ini dari jauh.
“Kenapa wei?” tanya Zul Hilmi terpingga-pingga yang ketika itu sedang mengaturkan siswi dari asrama Puteri I bersama Siti Khatijah dan Faridah yang juga seorang PM setelah mereka semua selesai bersolat.
“Pergi tengok Panjang. Dia tak sedarkan diri.” Jerit Hamdan dari jauh.
“Korang jaga budak-budak ni, aku nak pergi tengok Panjang.” Arah Zul Hilmi kepada Siti Khatijah dan Faridah. Dia segera berlari menuju ke arah masjid kembali. Suasana pagi-pagi subuh itu gamat dengan suara mereka yang ingin tahu apa yang sedang terjadi. Nadiatul Masyitah tidak terkecuali.
“Adik-adik sekalian. Dengar sini.” Jerit Faridah dalam suasana yang bising. “Tak ada apa-apa yang berlaku... InsyaAllah sebab abang-abang PM sedang uruskan. Jom kita gerak.” Ajak Faridah kepada mereka. Kesemua pelajar dari asrama Puteri 1 mula mengikut PM yang sedang bertugas ke dewan makan.
“Ish... kenapa ni?” tanya Nadiatul Masyitah kasar. Dia agak terkejut bila bajunya ditarik Azura iaitu rakan sebiliknya. Rihanna yang juga rakan sebiliknya tergelak-gelak memandang.
“Aku nak g toilet arr.” Bisik Azura sambil menunjukkan ke arah tandas di dalam masjid.
“Ish awak ni... macam-macam lah. Jom lah cepat.” Rungut Nadiatul Masyitah tetapi masih mahu menemani Azura yang mahu ke tandas itu. Raihana mengekori mereka dari belakang.
Sesampai sahaja mereka di sana Azura segera masuk ke dalam tandas. Manakala Raihana dan Nadiatul Masyitah menunggu Azura di luar tandas.
“Ana, buat apa kat sini?” tegur Hafizah kenalan Raihana yang kebetulan lalu di situ.
“Hai... saya tengah tunggu Zura, dia pergi toilet. Ini roommate saya, Nadiatul Masyitah.” Ujar Raihana lalu mengenalkan Nadiatul Masyitah kepada kenalannya. Mereka berjabat tangan. “Eh, awak dari sana ea? Ada apa kecoh-kecoh tu?” tanya Raihana semula ingin tahu.
“Tak tahu laa... akak PM tadi tu cakap YDP kita pengsan.” Jawabnya ringkas.
‘YDP? Abang Lutfhi ke?’ hati Nadiatul Masyitah terusik.
******************************
8 tahun berlalu.
“Ustazah, habis tu kalau kita cintakan seseorang tak kan kita nak diamkan diri je? Tak ke nanti jodoh kita tu lari?” pertanyaan Huda mematikan lamunan Nadiatul Masyitah. Pertanyaan gadis keturunan Melayu itu disambut baik oleh rakan-rakannya yang lain.
Bagus betul soalan budak-budak zaman sekarang. Berfikiran jauh. Nadiatul Masyitah tersenyum. “Ustazah tak cakap yang kita patut diamkan diri. Kadang-kadang bila perigi cari timba pun hubungan tu boleh berhasilkan?” tutur Nadiatul Masyitah mesra dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi di negara ini. “Jodoh itu di tangan Allah, kalau seseorang lelaki itu jodoh kamu buat laa macam mana sekalipun dia tetap jodoh kamu. Cuma cepat atau lambat sahaja yang menjadi persoalannya.” Ringkas cara Nadiatul Masyitah menerangkan. Kedengaran suara gadis-gadis itu mengusik rakannya Solehah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. Wajah gadis Arab itu merah menahan malu.
Nadiatul Masyitah tertawa kecil melihat keletah gadis-gadis kelahiran Canada yang rata-ratanya baru berusia 17 tahun itu. Bekerja di negeri orang seperti di Canada ini banyak membuka matanya tentang dunia. Setakat ini Alhamdulillah, segala urusannya di negara orang berjalan lancar. Walaupun dia bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah di Toronto ini, majoriti penduduk di situ yang beragama lain menghormati dirinya sebagai seorang muslimah.
 “Tet... tett... tett...” bunyi handphone Nadiatul Masyitah berbunyi tanda ada sms masuk. ‘Dah habis kelas belum? Abang tunggu kat bawah dah ni.’ Sms dari suaminya dibaca sekilas lantas memandang jam di tangan. ‘Lahh... dah pukul 2 rupanya. Cerita punya cerita tak sedar kelas dah habis.’ Dia ketawa sendirian. Suaminya Muhammad Lutfhi kini merupakan seorang tenaga pengajar di York Universiti di Toronto, Kanada. Alhamdulillah, selepas kejadian 8 tahun yang lepas perhubungan mereka bertambah erat sehingga dua tahun yang lalu Muhammad Lutfhi telah menjadikannya sebagai isteri yang sah.
“Baiklah, kita tamatkan kelas kita hari ini di sini ya.” Katanya lembut lalu mengemas buku latihan para pelajarnya yang berada di atas meja.

p/s: saya masih tak puas hati ngn cerpen ni... kekurangan idea. :(

Ahad, 7 Ogos 2011

Aku Rindu Kamu

 “Urm... Nur, nanti tolong bagi bekal ni sikit kat dia boleh?” Pinta Farahin setelah Nur Hasina menghabiskan sarapannya pagi itu.
“Dia? Siapa?” tanya Nur Hasina tidak mengerti. Milo panas yang masih berbaki diteguk laju kerana ingin mengejar masa ke pejabat.
“Shahrul.”
“Huk, huk, huk..! Shahrul?” tersedak Nur Hasina mendengar nama itu. Nama yang hampir dia lupa kembali menerpa dimindanya. Shahrul rakan sekerjanya dan juga merangkap sebagai teman lelaki Farahin. Teman lelaki? Owh tidak... bekas teman lelaki. Dia bukan lagi milik Farahin. ‘Shahrul... aku hampir lupa akan kau.’ Sebak tiba-tiba di rasa.
“Nur? Kenapa Nur?” tanya Farahin cemas apabila melihat rakannya itu tersedak.
“Owh... urm, x de apa2, aku okey. Balasnya cuba bertenang. Erm... Farah x pergi jumpa dye ke? Rasanya dah hampir setahun kn korang  x bertemu?” duga Nur Hasina ingin tahu.
“Alah Nur ni, Farah kan baru balik dari kampung semalam, bila pulak nak bertemu? Esok-esok kalau ada jodoh jumpa laa tu.” Balas Farah sambil ketawa. “Tolong bagi bekal ni kat Shahrul ya.” Tanpa menunggu persetujuan dari Nur Hasina tangannya segera mengisi bekas kosong itu dengan nasi lemak yang dibuatnya pagi tadi. ‘ Mesti Shahrul suka!’ Nur Hasina tidak dapat berbuat apa-apa.
*************************************************************
            “Oit Nur, apasal dengan kau ni? Muram semacam je hari ni. Kenapa?” sapa Faiz yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Terkejut beruk Nur Hasina di sapa begitu. Yelaa... tengah syok2 mengelamun tiba-tiba ada pula yang mengganggu.
            “Kau ni, dah laa tak beri salam then main masuk je, kau ingat ni ofis bapak kau ke?” marah Nur Hasina. Tajam matanya memandang jejaka berbaju jingga yang sudah pun duduk di hadapannya.
            “Aik? Memang laa ni ofis bapak aku, dah 2 kenapa?” jawab Faiz selamba. Seronok mengenakan ‘temannya’ yang sorang ni. Nur Hasina mengetap bibir tanda geram. Lupa pula dia yang syarikat ini memang milik keluarga Faiz.
“Dah laa tu sayang, takut laa aku tengok muka kau yang macam singa ni. Yelaa2, aku keluar balik ea, ketuk pintu and bagi salam baru masuk.”ujar Faiz. Lambat-lambat dia bangkit dari kerusi yang didudukinya untuk keluar.
“Dah, tak payah nak mengada-ngada. Kau nak apa sebenarnya?” tanya Nur Hasina tegas. Emosinya agak terganggu hari.
“Urm, ni haa... aku dengar Encik Nasir or lebih tepat lagi bakal bapa mertua kau tu dah banyak kali suruh kau datang ambik fail laporan syarikat kat bilik dia tapi tu laa kau, mengelamun je kerja sampai ingkar kat arahan bos!” tajam sindiran Faiz mengenakannya. Nur Hasina membelek-belek fail yang diberikan oleh Faiz. Dia benar-benar terlupa bahawa tadi Encik Nasir iaitu bapa kepada Faiz ada menyuruhnya datang untuk mengambil laporan itu. Cermin mata yang terletak cantik di atas hidungnya segera di tanggalkan, tangannya meraup muka tanda tertekan. Sungguh, dia sangat tertekan memikirkan tentang Farahin sehingga terbawa-bawa ke pejabat. Faiz hanya memerhatikan perlakuan tunangnya itu.
“Iz, Farah dah balik sini semalam.” Akhirnya dia membuka cerita.
“Farahin? Sepupu kau tu ke?” Nur Hasina mengangguk. “Lama tak dengar cerita dari dia, dia dah sihat?” tanya Faiz ingin tahu khabar tentang sepupu tunangnya yang sorang itu. Kali terakhir dia berjumpa sepupu Nur Hasina itu ketika mereka makan malam bersama hampir setahun yang lepas. Tidak lama kemudian Farahin pulang ke kampungnya di Kuala Lumpur apabila penyakitnya mula bertambah teruk. Di sana hampir setiap bulan Farahin perlu ke hospital untuk kemoterapi dan sebagainya bagi membendung penyakitnya makin merebak. Kasihan muda-muda lagi sudah ada penyakit.
“Sihat... tapi tu laa, dia kena bergantung dengan ubat-ubatan sekarang.” Balas Nur Hasina. Faiz mengangguk2 kepala tanda faham. Urm... Farah cakap pasal Shahrul tadi.” Lambat-lambat Nur Hasina menyambung kembali kata-katanya.
“Serius?” Nampak reaksi Faiz berubah serta-merta.
Nur Hasina mengangguk lemah. “Farah suruh aku bagi bekal ni kat Shahrul.” Ujarnya sambil menunjukkan bekalan yang berada di atas mejanya itu.
Faiz terkedu. Bekalan nasi di dalam tapuer biru yang berada di atas meja itu ditatap lama. ‘Aduh... tak mungkin bekalan itu akan sampai ke tangan Shahrul.’
****************************************************************
“Nur.”
“Yup, kenapa Farah?” tanya Nur Hasina yang sedang kusyuk membaca surat khabar di ruang tamu sehingga tidak menyedari kehadiran Farahin yang sudah lama memerhatikan dia dari tadi. Ada berita yang menarik perhatiannya untuk membaca tengah2 malam begini.
“Kerja tadi okey?” tanya Farahin sekadar berbasi-basi. Dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan Nur Hasina. Ada perkara penting dia perlu beritahu malam ini.
            “Okey laa. Owh ya, tadi Nur terserempak dengan Shahrul kat pejabat, dia baru balik outstation semalam, dia kirim salam kat Farah.” Beritahu Nur Hasina. Farahin nampak gembira dengan berita itu. ‘Maaf Farah kerana menipumu. Aku hanya mahu lihat kau gembira.’ Hampir dua bulan Farahin duduk kembali bersama Nur Hasina dan hampir dua bulan tu laa Nur Hasina terpaksa menipu Farahin dengan kata-kata manis yang kononnya dari Shahrul.
            “Ingat lagi dia kat Farah, Nur.”
            “Mesti laa dia ingat, Farah kan kekasih dia.”
            “Tapi dia tak pernah pun mesej Farah sampai hari ini.” Kata Farah dalam nada kecewa. Nur Hasina hanya berdiam diri. ‘Mana mungkin Shahrul akan mesej kau lagi Farah, bersabarlah.’
            “Urm... Nur, Farah nk cakap something laa,” kata Farah membuka topik perbincangan mereka malam itu apabila tiada respons dari Nur Hasina. Nur Hasina membuka telinga luas-luas untuk mendengar khabar itu. “Farah kena balik Kuala Lumpur dah, mama suruh cari kerja kat sana je sebab senang nak ikut rawatan susulan.” Ujarnya tenang.
Nur Hasina tergamam. “Pagi tadi Farah dah cakap dengan bos pasal nak letak jawatan dan bos pun setuju. Dah setahun Farah ambik cuti tanpa gaji so Farah tak nak menyusahkan syarikat. Syarikat tu memang perlukan seseorang yang berkebolehan menguruskan semua benda dalam satu masa, tak macam Farah asyik cuti memanjang.” Keluhnya.
“Urm, sebelum balik ke Kuala Lumpur tu, Farah nak jumpa Shahrul boleh?” Sambungnya lagi. Permintaan itu amat mengejutkan Nur Hasina.
“Err..urm, err... Farah, sejak kebelakangan ni Shahrul agak busy...”
“Boleh laa Nur, sekejap pun jadi laa, Farah rindu dia. Dua hari lagi Farah nak balik Kuala Lumpur dah, tak tahu bila lagi boleh jumpa.” Ujar Farahin perlahan. Kelihatan butir-butir jernih menitis di pipinya. Segera dia bangun dan menuju ke bilik meninggalkan Nur Hasina bersendirian di ruang tamu itu.
‘Ah Farahin, kau buat aku serba salah. Macam mana ni?’ Nur Hasina terbayang akan muka Farahin yang penuh dengan pengharapan tadi. ‘Huh... diluah mati emak, ditelan mati bapak.’ ‘Ya Allah sekiranya Farah tahu tentang perkara ini.’
Tangannya meraba-raba sesuatu di bawah bantal kecil yang berada di atas sofa itu. Segera dia menekan butang-butang telefon itu untuk mencari satu nama yang tidak asing lagi dalam hidupnya. “F..F..F..! Yes, dapat pun!” Kedengaran suara mamai-mamai dari seorang lelaki.
“Faiz, bangunlah. Teman aku bawa Farah jumpa Shahrul esok ya?” pintanya berterus-terang.
********************************************************************
Bunyi hon kereta di luar pagar rumah mereka membuatkan Nur Hasina yang baru lepas mandi terkocoh-kocoh menjenguknya. ‘Apalah si Faiz ni, aku kata datang pukul 10.30 ni baru pukul 10.20 dah sampai.’
            “Farah, boleh bukakan pintu tu tak, Faiz dah datang, Nur belum siap ni.” Laung Nur Hasina dari tingkat atas. Farahin yang sudah maklum akan kehadiran Faiz membuka pintu pagar rumah mereka. Dia sudah lama siap apabila dimaklumkan oleh Nur Hasina pagi tadi yang mereka akan menemannya untuk berjumpa Shahrul.
            “Hye Farah.” Tegur Faiz apabila nampak kelibat Farahin yang datang membuka pintu pagar untuknya pagi itu.
            “Hye.”
“Farah dah siap? Nur mana?” tanya Faiz dari luar pintu pagar.
“Masuklah dulu. Nur tengah siap.” Jawab Farahin. “Urm Faiz, kenapa pakai baju melayu ni?” tanya Farahin setelah Faiz menolak pelawaannya. Pelik dia melihat Faiz datang dengan baju melayu. ‘Nak kata pergi nikah pun ada. Hehehe...” gelaknya di dalam hati.
“Owh, hari ni kan hari jumaat. Setiap hari jumaat memang Iz pakai baju melayu senang nanti terus ke masjid solat jumaat.” Katanya tenang. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu keluar dari mulut Farah. Malam tadi setelah dia mendapat panggilan dari Nur Hasina dia sudah mula merangka jawapan. “Urm... yang awak ni berbaju kurung pula mengapa?” tanya Faiz pula.
“Nur suruh.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan dan ketika itu Nur Hasina sudah pun tercegat di muka pintu rumah menunjukkan isyarat bahawa dia sudah siap.
********************************************
Senyap sahaja sepanjang perjalanan mereka untuk menemui Shahrul. Sesekali Faiz mencuri pandang ke arah Farahin di belakang yang sedang asyik memerhatikan alam sekeliling. Tunangnya pula dari tadi mendiamkan diri. ‘Ah... bagaimana Farah nanti bila mengetahui hal yang sebenar?’ destinasi yang dituju semakin hampir dan akhirnya kereta diberhentikan.
Farahin termanggu. ‘Mengapa berhenti di sini?’ “Faiz, kenapa berhenti? Ada yang tak kena ke dengan kereta ni? Tanya Farahin laju, jika boleh dia mahu segera berjumpa dengan Shahrul, banyak benda yang ingin ditanya dan dikongsi olehnya.
Nur Hasina dan Faiz berpandangan sesama mereka. Nur Hasina memandang anak mata Faiz bagi mencari ketenangan. “Farah, kita turun dulu ya?” ajak Nur Hasina. Cepat-cepat dia keluar dari perut kereta meninggalkan Faiz dan Farahin yang masih di dalamnya. Farah bingung. “Mari Farah,” ajak Faiz pula. Mereka keluar dari kereta tersebut.
Dia benar-benar binggung dengan sikap mereka berdua lalu segera Farahin mendapatkan Nur Hasina. “Nur, mengapa kita di sini?” tanyanya laju. Berdebar-debar hatinya bila di bawa ke tempat ini. Tubuh Farahin dipeluk erat. “Mengapa Nur?” debaran jantungnya makin kuat bila Nur Hasina memeluknya erat.
            “Sabar Farah, kalau Farah nak marahkan Nur marahlah tapi jangan menangis di sini. Shahrul tak suka.” katanya terketar-ketar menahan sendu. Faiz yang dari tadi memerhatikan mereka mula mendekat.
            “Nur? Apa dah jadi Nur? Faiz? Kenapa kau orang bawa aku ke sini?” bentaknya. Sedikit marah dengan perlakuan sepupu serta tunang sepupunya itu.
            “Err Farah, se... sebenarnya Shahrul dah tak... tak ada.” Kata Nur Hasina gagap. Dia dapat melihat dengan jelas muka sepupunya itu berubah pucat.
            “Hah? Tak... tak mungkin! Nur jangan mengarut boleh tak?” marah Farahin yang agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Nur Hasina.
            “Farah, apa yang Nur kata itu betul. Shahrul sudah pergi tinggalkan kita enam bulan yang lalu. Dia... sakit.” Terang Faiz pula perlahan. Sama seperti Nur Hasina, dia juga tidak mampu untuk terus bertahan. Akhirnya air mata lelaki itu jatuh juga.
            “Kau orang tipu Farah kan?” Farahin panik melihat Nur Hasina dan Faiz menangis. Dia takut jika apa yang diperkatakan oleh lelaki itu betul.
            “Kami tak tipu, sumpah ianya kenyataan. Shahrul pergi tinggalkan kita hampir enam bulan dah Farah. Nur terima berita tu masa Farah baru selesai jalani pembedahan yang kedua, ayah Farah tak bagi Nur beritahu Farah sebab dia tak nak Farah sedih.” Akhirnya Nur Hasina membuka cerita. Faiz yang berada di sebelahnya mengangguk tanda bersetuju.
Farahin mula longlai, kakinya terasa tidak berpijak ke tanah dan pandangannya mula berpinar. “Kalau betul apa yang Nur khabarkan kepada Farah sebentar tadi, mengapa Nur tipu Farah selama Farah kat rumah Nur? Mengapa sekarang baru Nur beritahu semuanya kepada Farah? Mengapa bukan enam bulan yang lepas lagi!” tangis Farahin mula kedengaran. Tubuhnya yang hampir rebah itu sempat disambut oleh Faiz. Dia didudukkan di dalam kereta. Tangisannya masih kedengaran dan Nur Hasina masih tidak berhenti memujuk.
“Farah nak tengok pusara dia.” Ujar Farahin setelah kembali tenang tapi sendu tangisnya masih lagi kedengaran. Mukanya merah kerana terlalu banyak menangis. Mereka jadi simpati melihat keadaannya. Lantas tanpa membuang masa mereka mengiringi Farahin ke pusara Shahrul.
Lama Farahin menatap kubur itu. Tanahnya sudah kering menunjukkan bahawa ianya sudah lama berada di situ. Jelas terpampar di batu nisan itu nama kekasihnya itu. Mohd Shahrul Ridzuan bin Mohd Hamzah. Air matanya menitik. Segera dia mengelapnya dengan hujung baju tangannya. ‘Enam bulan Shahrul, mereka sembunyikan kepemergian engkau kepada aku.’
Dia duduk bersimpuh di satu sudut bersebelahan dengan pusara itu. Senaskah surah al-Fatihah di kirimkan kepada arwah. ‘Aku rindu kau Shahrul.’
“Farahin, awak jangan cepat putus asa tau, sakit itukan ujian Allah, awak kena laa kuatkan semangat untuk terus melawannya. Jangan cepat mengalah sayang, saya tahu awak kuat untuk harungi semua ini.” Kata Shahrul mesra sehari sebelum Farahin menjalani pemedahan untuk membuang darah beku di kepalanya.
“Tapi kalau saya mati time pembedahan tu macam mana?” duga Farahin.
“Urm... kalau awak mati... kalau awak mati saya cari perempuan lain. Hehehe.”
“Jahat!!!”
“Haha... jangan laa marah, saya bergurau je. Saya sayang awak Nurul Farahin.”
‘Tapi sekarang ianya terbalik Shahrul, semasa saya jalani pembedahan hari tu saya selamat tapi awak yang pergi. Mengapa awak tak beritahu saya yang awak sakit? Mengapa awak sembunyikan hal itu dari pengetahuan saya? Mengapa awak tak kuat semangat lawan penyakit awak macam yang awak suruh saya buat?’ Lama Farahin termenung di sisi pusara arwah Shahrul.
Nur Hasina dan Faiz yang dari tadi memerhatikan Farahin dari jauh mula mengajaknya pulang. Sekali lagi setitis air mata Nurul Farahin jatuh ke pusara lelaki yang pernah bertakhta dihatinya itu.

Rabu, 3 Ogos 2011

Bila Hatiku Terbuka

“Percayakan aku Volare.” Kata Nur Aishah sambil memandang dan menggenggam erat tangan sahabatnya itu. Dia mengharapkan rakannya yang bermata galak itu faham dengan keadaannya sekarang. Muka Volare berkerut. Nur Aishah mengeluh kecil. Dia faham dengan apa yang di fikirkan rakannya itu. Tidak mungkin wanita itu menyokong dengan apa yang dia lakukan kini.
“Tapi keputusan yang kau buat ni mengarut laa Amanda! Mengarut sangat! Aku tahu kau minat dengan Naqib tapi ini bukan jalan untuk kau keluar dari agama pegangan kita!” bisik Volare perlahan tapi tegas tidak mahu perbulan mereka didengari orang yang lalu-lalang di cafe tersebut. Terpancar di muka bertapa marahnya dia apabila melihat Nur Aishah atau nama sebenarnya Amanda Ryan berubah dalam sekelip mata. Tidak pernah terlintas di fikirannya bahawa gadis yang selama ini berjiran dengannya, yang menjadi sahabat karibnya, yang menjadi teman pendengar setianya kini memeluk Islam setelah baru dua tiga tahun menetap di Malaysia. ‘Gila!!!’
Tersentak sebentar Nur Aishah apabila nama Naqib dikaitkan dalam hal ini. Dalam hatinya beristigfar mendengar tuduhan itu. “Naqib? Tidak Volare, tidak.! Aku menganuti agama ini bukan kerana dia tapi kerana diriku sendiri.” Ujar Nur Aishah perlahan.
Naqib, pelajar senior dari Malaysia yang menuntut di University of Cambridge dalam jurusan perundangan itu satu ketika dahulu pernah memikat hatinya. Seniornya itu seorang muslim tapi hati budinya yang tidak lekang membantu pelajar-pelajar baru seperti dirinya membuatkan dia  mula mendekatkan diri dengan lelaki itu. Dia mengenali lelaki itu sebagai seorang yang baik, bersemangat dalam pelajaran, dan seorang yang kuat beribadat tetapi itu tidak menarik minat dalam hatinya untuk mengenali Islam walaupun sebenarnya jauh dalam hati, dia kagum melihat Naqib yang sentiasa berjaya menolak ajakkan syaitan sedangkan dia? Masih suka berfoya-foya, suka memabukkan diri sendiri tiap malam miskipun Naqib selalu menasihatkan dirinya.
“Kerana diri kau sendiri? Memang! Memang kerana diri kau sendiri. Kau tu pentingkan diri, kau tak fikir apa perasaan keluarga kau, kau tak fikir apa perasaan kawan-kawan kau, kau tak fikir apa perasaan aku bila kau peluk agama ini, kau malukan aku Amanda, kau malukan kami. Kau perlu tahu walaupun aku kurang didikan agama, walaupun aku tak selalu beribadat, walaupun aku ni liar tapi aku tak hipokrit macam kau. Aku tak tergamak keluar dari agama yang sudah lama bersama aku macam kau!” Jerit Volare lantang sambil menghentak meja. Jeritan Volare itu mengejutkan hampir kesemua mereka yang berada  di dalam mahupun di luar cafe tersebut termasuk Nur Aishah. Walaupun dia menjerit menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya, rata-rata pelanggan dapat menangkap maksud percakapan wanita itu.
Nur Aishah yang terkejut dengan perbuatan Volare tergamam. Takut melihat gadis yang berambut perang itu mengamuk. Selama bersahabat dengannya, Volare tidak pernah meninggikan suara, lagi-lagi di hadapan orang ramai. Ini kali pertama dia begitu.
“Amanda, a..a..aku minta maaf.” Dia terduduk semula di hadapan Nur Aishah dan tidak memperdulikan orang ramai yang sedang menyaksikan pertengkaran itu. Ramai yang berbisik-bisik mengenai hal itu. Dia rasa bersalah kerana memalukan Nur Aishah walaupun sebenarnya dia lega setelah dapat melepaskan geram dengan perbuatan rakannya itu. Nur Aishah diam tanpa kata.
“Mari kita balik. Aku hantarkan.”
****************************************************
“Terima kasih. Tak mahu masuk dahulu ke?”  tanya Nur Aishah gementar.
“Tak apalah. Terima kasih. Aku nak cepat ni. Malam ni aku nak pulang ke Australia.” Balas Volare sambil membetulkan rambutnya pada cermin pandang belakang.
“Owh. Hati-hati jalan.”
“Baiklah.” Balas Volare terus memecut keretanya laju.
Nur Aishah sedih. Sepanjang perjalanan pulang tadi pun, Volare banyak mempersoalkan tentang agama Islam. Dia tahu Volare masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa kini dia sudah bergelar saudara Islam. Penampilannya yang menutup aurat kini memang tidak dapat memuaskan hati Volare.
“Mengapa kau berpakaian sebegini?” tanya Volare yang sedang memandu dalam perjalanan menghantar Nur Aishah pulang sebentar tadi.
“Kerana agamaku.” Ujar Nur Aishah ringkas.
“Mengapa demi agama baru kau itu, kau sanggup berpanas menutup semua badan kau tu?” Dia pelik melihat Nur Aishah yang satu ketika dulu agak seksi berubah menutup hampir keseluruhan badannya. “Apakah disebabkan agama kau ini juga kau tidak mahu ikut aku ke kelab tadi?”
Nur Aishah mengangguk.
“Aku tak faham laa dengan kau ni, mengapa kau nak bersusah-payah ikut ajaran Islam, sedangkan agama kita yang tak begitu ketat tidak seperti Islam itu, kau tak praktikkan pun dalam hidup. Kau ni mengapa Amanda? Adakah sebab Naqib kau berubah sebegini?” tanya Volare lagi. Sebenarnya dia begitu kecewa dengan keputusan Nur Aishah yang menganut agama lain. Keputusan Nur Aishah menganut agama lain baginya seperti menghina agama yang dianutinya.
 “Bukan sebab Naqib, aku sudah lama tidak berhubung dengannya. Lagipun dia sudah berkahwin.” Nur Aishah terdiam seketika. Mungkin ingin menyusun ayat. “Aku perlukan Islam dalam hidup aku kerana aku melihat ia sebagai satu agama yang sempurna dan nama aku bukan lagi Amanda tetapi Nur Aishah.” Sambungnya semula.
“Baguslah... tak cukup bertukar agama tukar nama pula. Islam itu agama yang sempurna? Habis tu agama kita tak sempurna ke? Tak hebat macam agama Islam? Kau tahu tak, tindakan kau keluar dari agama kita ini seperti satu penghinaan. Tahu tak?”
********************************************
Dia memandang dirinya di cermin. Dari atas ke bawah. Muka yang putih bersih tanpa solekan, tudung yang labuh menutup rambut dan dada, baju yang longgar tidak menampakkan bentuk badan semuanya berbeza dari masa yang lepas. Dia yang dulunya sosial tiba-tiba berubah. Dia menangis mengingati peristiwa tadi. Rakan baiknya kecewa melihat perubahan ini sehingga tergamak memarahinya. ‘Ya Allah bagaimana pula dengan ibubapa aku? Kakak dan abangku? Boleh terimakah mereka akan diri ini lagi? Atau akan terpinggirkah aku setelah mereka tahu aku menganuti agama ini?’ Nur Aishah tidak pernah terfikir akan berkenalan dengan Islam dengan lebih mendalam miskipun dia kenal Islam daripada Naqib terlebih dahulu. Walaupun begitu, ketika mereka menuntut bersama, dia tidak pernah berminat untuk mengenali Islam walaupun kadang-kadang Naqib akan berbicara akan soal itu. Dirinya langsung tidak berminat.
Namun apabila sudah setahun bekerja di Malaysia, dia dapat merasakan dirinya secara tidak langsung dekat kepada agama itu. Manakan tidak... pertama sekali rakan-rakannya kebanyakkan beragama Islam dan keduanya dia menyewa rumah juga dengan rakan-rakan yang beragama Islam. Sebelum bergelar mualaf, dia sering mempersoalkan dan memperhatikan rakan-rakannya bersembahyang, berpuasa, menutup aurat, membaca Al-Quran dan yang lebih memeningkan kepala mereka tidak boleh makan itu, minum ini. Akan tetapi jiwanya sekali-sekala tenang apabila melihat mereka melakukan suruhan Tuhan. Tanpa dia sangka, jauh di sudut hatinya dia mula seronok mengenali Islam.
Perkara yang paling penting lalu membawanya terus ke jalan Allah ialah pada suatu hari di mana dia bersama Hawa dan Siti sedang menunggu bas untuk pulang ke rumah. Petang itu hujan lebat, angin bertiup kencang, petir berdentum dan guruh sekali-sekala memainkan irama yang menggerunkan. Dia, Siti dan Hawa berhimpit-himpit bersama yang lain di bawah pondok perhentian bas yang agak kecil itu kerana hujan lebat. Mereka berada di hujung pondok untuk memudahkan pergerakkan bila bas datang. Tidak lama kemudian kedengaran bunyi hon yang agak panjang, diikuti dengan bunyi hon dari kereta-kereta lain dan bunyi dentuman yang kuat. Dalam sekelip mata sahaja dirinya sudah terbaring atas jalan raya. Dia ingat itu, tapi dia tidak tahu bagaimana dirinya dan orang-orang lain boleh tercampak ke jalan raya yang sedang menggila. Dia dengar akan jeritan dan pekikan orang-orang sekeliling. Sakit yang menjalar tidak dapat diucap oleh kata-kata. Hujan yang mencurah tiada erti bagi Amanda buat masa itu. Akhirnya dirinya pengsan tanpa dapat berfikir tentang dua lagi rakannya.
Semasa dalam keadaan pengsan itulah hatinya menangis ketakutan. Tiba-tiba, ayat-ayat suci Al-Quran mula berkumandang dalam dirinya membuatkan dia kebingungan seketika dan kemudian hatinya mula terasa lapang. Apabila sedar, dia berada di hospital namun tiada siapa di sebelahnya yang sedang membacakan ayat-ayat Al-Quran itu. Bagaimana dia boleh bermimpikan ayat-ayat dari kitab suci Allah? Kerana ayat suci Al-Quran itulah dia memeluk Islam kerana dia yakin akan Islam setelah mula mendekati ajaran itu sedikit demi sedikit. Kerana Islam jugalah hatinya kini tenang sentiasa.
*******************************************
“Nur?” panggil Hawa. Nur Aishah membuka matanya perlahan-lahan.
“Mengapa tidur di sini?” tanya Hawa apabila melihat rakan serumahnya itu terlena di atas sofa tadi.
“Owh. Maaf, aku penat sangat.” Jawabnya lemah. Dia juga tidak sedar yang dia boleh tertidur di situ setelah pulang dari bertemu Volare tadi. ‘Volare? Iya... Rakanku itu masih tidak kenal akan keindahan Islam jadi aku tidak boleh bersedih atas kemarahan dia tadi. Aku yakin, suatu hari nanti dia akan terima aku dan pegangan hidupku ini.’
‘Aku menganuti agama ini bukan kerana cinta manusia, bukan juga kerana menghina agamanya tetapi kerana pintu hidayah yang selama ini tertutup akhirnya telah terbuka. Cintaku kini hanya satu. Islam!’