“Masyitah.” Tegur seorang pemuda dari arah belakangnya.
Si gadis yang terkejut akibat disapa segera memalingkan leher mencari dari mana datangnya suara itu. Kelihatan sekujur tubuh berkemeja merah kotak-kotak dan bersarungkan jaket Pembantu Mahasiswa (PM) untuk Minggu Destinasi Siswa (MDS) tersenyum memandangnya. Dia tergamam.
“Assalamualaikum. Nadiatul Masyitah kan ni?” tanyanya sambil tersenyum. Suasana di dalam Dewan Sri Temenggung agak bising pada waktu itu dengan pelbagai keletah pelajar-pelajar baru yang datang mendaftarkan diri sebelum memulakan sesi pembelajaran bagi semester 1.
“Abang.” Sayu perkataan yang dituturkan Masyitah.
“Selamat datang ke alam Universiti.” Ucap Lutfhi girang.
“Terima kasih.”
“Akhirnya berjumpa juga kita kan?” dia tersenyum lagi. Ikhlas atau tidak senyuman itu Masyitah tidak tahu. Maklumlah seorang PM kan harus bersikap ramah dengan mereka.
Nadiatul Masyitah terus berlalu meninggalkan Muhammad Lutfhi bersendirian. Memang sikapnya itu agak keterlampauan tapi bagaimana lagi? Dia tidak mampu untuk berhadapan lama dengan bekas kekasihnya itu. Mungkin sahaja dia boleh mengalirkan air mata di hadapan Muhammad Lutfhi.
***************************************
“Masyitah.”
“Abang nak apa lagi?” langkah Masyitah terhenti. Dadanya berombak menahan marah. Hatinya hancur dengan kata-kata Muhammad Lutfhi sebentar tadi. Berlagak alim konon.!
“Marah abang ke?” tanya Muhammad Lutfhi lalu memperlahankan langkahnya mendapatkan Nadiatul Masyitah.
“Tak laa... marah pokok!” marah Nadiatul Masyitah. ‘Sudah geharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula.!’ Getus hatinya. Matanya sudah merah menahan tangis. Perasaannya marah dan sedih bercampur baur sekarang. Kalau dahulu bila dia menangis sudah pasti Muhammad Lutfhi mengusap air matanya. Sekarang???
Muhammad Lutfhi tersenyum. “Awak ni lawak jugak kan? Kenapa nak marah pokok? Bukannya dia buat salah kat awak pun.” Dia tergelak kecil sambil mengeluarkan sapu tangan hijaunya. “Nah, ambik ni... lap air mata tu.” Sapu tangan yang berada kemas di tangannya di hulurkan kepada kekasihnya yang sedang marah. Dia faham perasaan Nadiatul Masyitah tapi apa lagi dia mampu buat selain tenangkan gadis dihadapannya itu.
“Arghh..! Abang ni.!” Air matanya mula hendak mengalir keluar.
“Nadiatul Masyitah. Dengar sini. Abang bukan sengaja nak putuskan hubungan kita tapi awak kenalah faham.” Muhammad Lutfhi menghentikan kata-katanya apabila melihat air mata si gadis mengalir. Hatinya sedikit terusik. Dia menarik nafas dalam-dalam. “Masyitah, sudah laa tu. Awak tu masih muda so tumpukan perhatian awak pada pelajaran. Jangan terlalu fikirkan soal cinta. Abang minta maaf sebab seret awak dalam hal ni tapi abang sedar yang bercinta sebelum kahwin ni terlalu banyak cabaran.”
“Abang! Cabaran apa abang? Selama kita bercinta apa cabaran yang kita dapat? Ada ke?” Nadiatul Masyitah mula memberontak. Angin yang bertiup lembut tidak mampu menyejukkan hatinya.
“Cabaran mengawal diri kita daripada menolak ajakkan syaitan. Masyitah, selama kita bercinta ini kita selalu pegang-pegang tangan kan? Bila time azan pun kita selalu abaikan kan? Buat tak tahu je kan. Abang dah sedar dengan semua ni. Abang tak nak ulangi kesilapan ni. Awak anak ustaz, kena jaga adab bukan keluar dengan lelaki sembarangan macam abang ni.” Jawab Muhammad Lutfhi tenang.
“Abang...”
“Jangan tangisi apa yang berlaku sekarang. Awak ada hak untuk cari lelaki yang lagi baik dari abang. Kalau kita ada jodoh kita akan jumpa lagi. Ambil ni, kesat air mata tu.” Bergetar suara Muhammad Lutfhi mentuturkan kata-kata kepada gadis bertudung hijau itu.
*******************************
“Zul!! Tolong.!! Zul tolong tengok Panjang cepat! Aku nak pergi panggil Shahir suruh dia cari Ustaz Adnan.” Panggil Hamdan iaitu salah seorang PM yang bertugas membawa pelajar-pelajar asrama Putra ke masjid untuk solat subuh pada pagi ini dari jauh.
“Kenapa wei?” tanya Zul Hilmi terpingga-pingga yang ketika itu sedang mengaturkan siswi dari asrama Puteri I bersama Siti Khatijah dan Faridah yang juga seorang PM setelah mereka semua selesai bersolat.
“Pergi tengok Panjang. Dia tak sedarkan diri.” Jerit Hamdan dari jauh.
“Korang jaga budak-budak ni, aku nak pergi tengok Panjang.” Arah Zul Hilmi kepada Siti Khatijah dan Faridah. Dia segera berlari menuju ke arah masjid kembali. Suasana pagi-pagi subuh itu gamat dengan suara mereka yang ingin tahu apa yang sedang terjadi. Nadiatul Masyitah tidak terkecuali.
“Adik-adik sekalian. Dengar sini.” Jerit Faridah dalam suasana yang bising. “Tak ada apa-apa yang berlaku... InsyaAllah sebab abang-abang PM sedang uruskan. Jom kita gerak.” Ajak Faridah kepada mereka. Kesemua pelajar dari asrama Puteri 1 mula mengikut PM yang sedang bertugas ke dewan makan.
“Ish... kenapa ni?” tanya Nadiatul Masyitah kasar. Dia agak terkejut bila bajunya ditarik Azura iaitu rakan sebiliknya. Rihanna yang juga rakan sebiliknya tergelak-gelak memandang.
“Aku nak g toilet arr.” Bisik Azura sambil menunjukkan ke arah tandas di dalam masjid.
“Ish awak ni... macam-macam lah. Jom lah cepat.” Rungut Nadiatul Masyitah tetapi masih mahu menemani Azura yang mahu ke tandas itu. Raihana mengekori mereka dari belakang.
Sesampai sahaja mereka di sana Azura segera masuk ke dalam tandas. Manakala Raihana dan Nadiatul Masyitah menunggu Azura di luar tandas.
“Ana, buat apa kat sini?” tegur Hafizah kenalan Raihana yang kebetulan lalu di situ.
“Hai... saya tengah tunggu Zura, dia pergi toilet. Ini roommate saya, Nadiatul Masyitah.” Ujar Raihana lalu mengenalkan Nadiatul Masyitah kepada kenalannya. Mereka berjabat tangan. “Eh, awak dari sana ea? Ada apa kecoh-kecoh tu?” tanya Raihana semula ingin tahu.
“Tak tahu laa... akak PM tadi tu cakap YDP kita pengsan.” Jawabnya ringkas.
‘YDP? Abang Lutfhi ke?’ hati Nadiatul Masyitah terusik.
******************************
8 tahun berlalu.
“Ustazah, habis tu kalau kita cintakan seseorang tak kan kita nak diamkan diri je? Tak ke nanti jodoh kita tu lari?” pertanyaan Huda mematikan lamunan Nadiatul Masyitah. Pertanyaan gadis keturunan Melayu itu disambut baik oleh rakan-rakannya yang lain.
Bagus betul soalan budak-budak zaman sekarang. Berfikiran jauh. Nadiatul Masyitah tersenyum. “Ustazah tak cakap yang kita patut diamkan diri. Kadang-kadang bila perigi cari timba pun hubungan tu boleh berhasilkan?” tutur Nadiatul Masyitah mesra dalam Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa rasmi di negara ini. “Jodoh itu di tangan Allah, kalau seseorang lelaki itu jodoh kamu buat laa macam mana sekalipun dia tetap jodoh kamu. Cuma cepat atau lambat sahaja yang menjadi persoalannya.” Ringkas cara Nadiatul Masyitah menerangkan. Kedengaran suara gadis-gadis itu mengusik rakannya Solehah yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan seminggu yang lalu. Wajah gadis Arab itu merah menahan malu.
Nadiatul Masyitah tertawa kecil melihat keletah gadis-gadis kelahiran Canada yang rata-ratanya baru berusia 17 tahun itu. Bekerja di negeri orang seperti di Canada ini banyak membuka matanya tentang dunia. Setakat ini Alhamdulillah, segala urusannya di negara orang berjalan lancar. Walaupun dia bekerja sebagai seorang ustazah di sebuah sekolah di Toronto ini, majoriti penduduk di situ yang beragama lain menghormati dirinya sebagai seorang muslimah.
“Tet... tett... tett...” bunyi handphone Nadiatul Masyitah berbunyi tanda ada sms masuk. ‘Dah habis kelas belum? Abang tunggu kat bawah dah ni.’ Sms dari suaminya dibaca sekilas lantas memandang jam di tangan. ‘Lahh... dah pukul 2 rupanya. Cerita punya cerita tak sedar kelas dah habis.’ Dia ketawa sendirian. Suaminya Muhammad Lutfhi kini merupakan seorang tenaga pengajar di York Universiti di Toronto, Kanada. Alhamdulillah, selepas kejadian 8 tahun yang lepas perhubungan mereka bertambah erat sehingga dua tahun yang lalu Muhammad Lutfhi telah menjadikannya sebagai isteri yang sah.
“Baiklah, kita tamatkan kelas kita hari ini di sini ya.” Katanya lembut lalu mengemas buku latihan para pelajarnya yang berada di atas meja.
p/s: saya masih tak puas hati ngn cerpen ni... kekurangan idea. :(
Tiada ulasan:
Catat Ulasan