“Urm... Nur, nanti tolong bagi bekal ni sikit kat dia boleh?” Pinta Farahin setelah Nur Hasina menghabiskan sarapannya pagi itu.
“Dia? Siapa?” tanya Nur Hasina tidak mengerti. Milo panas yang masih berbaki diteguk laju kerana ingin mengejar masa ke pejabat.
“Shahrul.”
“Huk, huk, huk..! Shahrul?” tersedak Nur Hasina mendengar nama itu. Nama yang hampir dia lupa kembali menerpa dimindanya. Shahrul rakan sekerjanya dan juga merangkap sebagai teman lelaki Farahin. Teman lelaki? Owh tidak... bekas teman lelaki. Dia bukan lagi milik Farahin. ‘Shahrul... aku hampir lupa akan kau.’ Sebak tiba-tiba di rasa.
“Nur? Kenapa Nur?” tanya Farahin cemas apabila melihat rakannya itu tersedak.
“Owh... urm, x de apa2, aku okey. Balasnya cuba bertenang. Erm... Farah x pergi jumpa dye ke? Rasanya dah hampir setahun kn korang x bertemu?” duga Nur Hasina ingin tahu.
“Alah Nur ni, Farah kan baru balik dari kampung semalam, bila pulak nak bertemu? Esok-esok kalau ada jodoh jumpa laa tu.” Balas Farah sambil ketawa. “Tolong bagi bekal ni kat Shahrul ya.” Tanpa menunggu persetujuan dari Nur Hasina tangannya segera mengisi bekas kosong itu dengan nasi lemak yang dibuatnya pagi tadi. ‘ Mesti Shahrul suka!’ Nur Hasina tidak dapat berbuat apa-apa.
*************************************************************
“Oit Nur, apasal dengan kau ni? Muram semacam je hari ni. Kenapa?” sapa Faiz yang tiba-tiba masuk ke dalam biliknya. Terkejut beruk Nur Hasina di sapa begitu. Yelaa... tengah syok2 mengelamun tiba-tiba ada pula yang mengganggu.
“Kau ni, dah laa tak beri salam then main masuk je, kau ingat ni ofis bapak kau ke?” marah Nur Hasina. Tajam matanya memandang jejaka berbaju jingga yang sudah pun duduk di hadapannya.
“Aik? Memang laa ni ofis bapak aku, dah 2 kenapa?” jawab Faiz selamba. Seronok mengenakan ‘temannya’ yang sorang ni. Nur Hasina mengetap bibir tanda geram. Lupa pula dia yang syarikat ini memang milik keluarga Faiz.
“Dah laa tu sayang, takut laa aku tengok muka kau yang macam singa ni. Yelaa2, aku keluar balik ea, ketuk pintu and bagi salam baru masuk.”ujar Faiz. Lambat-lambat dia bangkit dari kerusi yang didudukinya untuk keluar.
“Dah, tak payah nak mengada-ngada. Kau nak apa sebenarnya?” tanya Nur Hasina tegas. Emosinya agak terganggu hari.
“Urm, ni haa... aku dengar Encik Nasir or lebih tepat lagi bakal bapa mertua kau tu dah banyak kali suruh kau datang ambik fail laporan syarikat kat bilik dia tapi tu laa kau, mengelamun je kerja sampai ingkar kat arahan bos!” tajam sindiran Faiz mengenakannya. Nur Hasina membelek-belek fail yang diberikan oleh Faiz. Dia benar-benar terlupa bahawa tadi Encik Nasir iaitu bapa kepada Faiz ada menyuruhnya datang untuk mengambil laporan itu. Cermin mata yang terletak cantik di atas hidungnya segera di tanggalkan, tangannya meraup muka tanda tertekan. Sungguh, dia sangat tertekan memikirkan tentang Farahin sehingga terbawa-bawa ke pejabat. Faiz hanya memerhatikan perlakuan tunangnya itu.
“Iz, Farah dah balik sini semalam.” Akhirnya dia membuka cerita.
“Farahin? Sepupu kau tu ke?” Nur Hasina mengangguk. “Lama tak dengar cerita dari dia, dia dah sihat?” tanya Faiz ingin tahu khabar tentang sepupu tunangnya yang sorang itu. Kali terakhir dia berjumpa sepupu Nur Hasina itu ketika mereka makan malam bersama hampir setahun yang lepas. Tidak lama kemudian Farahin pulang ke kampungnya di Kuala Lumpur apabila penyakitnya mula bertambah teruk. Di sana hampir setiap bulan Farahin perlu ke hospital untuk kemoterapi dan sebagainya bagi membendung penyakitnya makin merebak. Kasihan muda-muda lagi sudah ada penyakit.
“Sihat... tapi tu laa, dia kena bergantung dengan ubat-ubatan sekarang.” Balas Nur Hasina. Faiz mengangguk2 kepala tanda faham. Urm... Farah cakap pasal Shahrul tadi.” Lambat-lambat Nur Hasina menyambung kembali kata-katanya.
“Serius?” Nampak reaksi Faiz berubah serta-merta.
Nur Hasina mengangguk lemah. “Farah suruh aku bagi bekal ni kat Shahrul.” Ujarnya sambil menunjukkan bekalan yang berada di atas mejanya itu.
Faiz terkedu. Bekalan nasi di dalam tapuer biru yang berada di atas meja itu ditatap lama. ‘Aduh... tak mungkin bekalan itu akan sampai ke tangan Shahrul.’
****************************************************************
“Nur.”
“Yup, kenapa Farah?” tanya Nur Hasina yang sedang kusyuk membaca surat khabar di ruang tamu sehingga tidak menyedari kehadiran Farahin yang sudah lama memerhatikan dia dari tadi. Ada berita yang menarik perhatiannya untuk membaca tengah2 malam begini.
“Kerja tadi okey?” tanya Farahin sekadar berbasi-basi. Dia melabuhkan punggung di sofa bersebelahan dengan Nur Hasina. Ada perkara penting dia perlu beritahu malam ini.
“Okey laa. Owh ya, tadi Nur terserempak dengan Shahrul kat pejabat, dia baru balik outstation semalam, dia kirim salam kat Farah.” Beritahu Nur Hasina. Farahin nampak gembira dengan berita itu. ‘Maaf Farah kerana menipumu. Aku hanya mahu lihat kau gembira.’ Hampir dua bulan Farahin duduk kembali bersama Nur Hasina dan hampir dua bulan tu laa Nur Hasina terpaksa menipu Farahin dengan kata-kata manis yang kononnya dari Shahrul.
“Ingat lagi dia kat Farah, Nur.”
“Mesti laa dia ingat, Farah kan kekasih dia.”
“Tapi dia tak pernah pun mesej Farah sampai hari ini.” Kata Farah dalam nada kecewa. Nur Hasina hanya berdiam diri. ‘Mana mungkin Shahrul akan mesej kau lagi Farah, bersabarlah.’
“Urm... Nur, Farah nk cakap something laa,” kata Farah membuka topik perbincangan mereka malam itu apabila tiada respons dari Nur Hasina. Nur Hasina membuka telinga luas-luas untuk mendengar khabar itu. “Farah kena balik Kuala Lumpur dah, mama suruh cari kerja kat sana je sebab senang nak ikut rawatan susulan.” Ujarnya tenang.
Nur Hasina tergamam. “Pagi tadi Farah dah cakap dengan bos pasal nak letak jawatan dan bos pun setuju. Dah setahun Farah ambik cuti tanpa gaji so Farah tak nak menyusahkan syarikat. Syarikat tu memang perlukan seseorang yang berkebolehan menguruskan semua benda dalam satu masa, tak macam Farah asyik cuti memanjang.” Keluhnya.
“Urm, sebelum balik ke Kuala Lumpur tu, Farah nak jumpa Shahrul boleh?” Sambungnya lagi. Permintaan itu amat mengejutkan Nur Hasina.
“Err..urm, err... Farah, sejak kebelakangan ni Shahrul agak busy...”
“Boleh laa Nur, sekejap pun jadi laa, Farah rindu dia. Dua hari lagi Farah nak balik Kuala Lumpur dah, tak tahu bila lagi boleh jumpa.” Ujar Farahin perlahan. Kelihatan butir-butir jernih menitis di pipinya. Segera dia bangun dan menuju ke bilik meninggalkan Nur Hasina bersendirian di ruang tamu itu.
‘Ah Farahin, kau buat aku serba salah. Macam mana ni?’ Nur Hasina terbayang akan muka Farahin yang penuh dengan pengharapan tadi. ‘Huh... diluah mati emak, ditelan mati bapak.’ ‘Ya Allah sekiranya Farah tahu tentang perkara ini.’
Tangannya meraba-raba sesuatu di bawah bantal kecil yang berada di atas sofa itu. Segera dia menekan butang-butang telefon itu untuk mencari satu nama yang tidak asing lagi dalam hidupnya. “F..F..F..! Yes, dapat pun!” Kedengaran suara mamai-mamai dari seorang lelaki.
“Faiz, bangunlah. Teman aku bawa Farah jumpa Shahrul esok ya?” pintanya berterus-terang.
********************************************************************
Bunyi hon kereta di luar pagar rumah mereka membuatkan Nur Hasina yang baru lepas mandi terkocoh-kocoh menjenguknya. ‘Apalah si Faiz ni, aku kata datang pukul 10.30 ni baru pukul 10.20 dah sampai.’
“Farah, boleh bukakan pintu tu tak, Faiz dah datang, Nur belum siap ni.” Laung Nur Hasina dari tingkat atas. Farahin yang sudah maklum akan kehadiran Faiz membuka pintu pagar rumah mereka. Dia sudah lama siap apabila dimaklumkan oleh Nur Hasina pagi tadi yang mereka akan menemannya untuk berjumpa Shahrul.
“Hye Farah.” Tegur Faiz apabila nampak kelibat Farahin yang datang membuka pintu pagar untuknya pagi itu.
“Hye.”
“Farah dah siap? Nur mana?” tanya Faiz dari luar pintu pagar.
“Masuklah dulu. Nur tengah siap.” Jawab Farahin. “Urm Faiz, kenapa pakai baju melayu ni?” tanya Farahin setelah Faiz menolak pelawaannya. Pelik dia melihat Faiz datang dengan baju melayu. ‘Nak kata pergi nikah pun ada. Hehehe...” gelaknya di dalam hati.
“Owh, hari ni kan hari jumaat. Setiap hari jumaat memang Iz pakai baju melayu senang nanti terus ke masjid solat jumaat.” Katanya tenang. Memang dia sudah menjangkakan soalan itu keluar dari mulut Farah. Malam tadi setelah dia mendapat panggilan dari Nur Hasina dia sudah mula merangka jawapan. “Urm... yang awak ni berbaju kurung pula mengapa?” tanya Faiz pula.
“Nur suruh.” Ringkas sahaja jawapan yang diberikan dan ketika itu Nur Hasina sudah pun tercegat di muka pintu rumah menunjukkan isyarat bahawa dia sudah siap.
********************************************
Senyap sahaja sepanjang perjalanan mereka untuk menemui Shahrul. Sesekali Faiz mencuri pandang ke arah Farahin di belakang yang sedang asyik memerhatikan alam sekeliling. Tunangnya pula dari tadi mendiamkan diri. ‘Ah... bagaimana Farah nanti bila mengetahui hal yang sebenar?’ destinasi yang dituju semakin hampir dan akhirnya kereta diberhentikan.
Farahin termanggu. ‘Mengapa berhenti di sini?’ “Faiz, kenapa berhenti? Ada yang tak kena ke dengan kereta ni? Tanya Farahin laju, jika boleh dia mahu segera berjumpa dengan Shahrul, banyak benda yang ingin ditanya dan dikongsi olehnya.
Nur Hasina dan Faiz berpandangan sesama mereka. Nur Hasina memandang anak mata Faiz bagi mencari ketenangan. “Farah, kita turun dulu ya?” ajak Nur Hasina. Cepat-cepat dia keluar dari perut kereta meninggalkan Faiz dan Farahin yang masih di dalamnya. Farah bingung. “Mari Farah,” ajak Faiz pula. Mereka keluar dari kereta tersebut.
Dia benar-benar binggung dengan sikap mereka berdua lalu segera Farahin mendapatkan Nur Hasina. “Nur, mengapa kita di sini?” tanyanya laju. Berdebar-debar hatinya bila di bawa ke tempat ini. Tubuh Farahin dipeluk erat. “Mengapa Nur?” debaran jantungnya makin kuat bila Nur Hasina memeluknya erat.
“Sabar Farah, kalau Farah nak marahkan Nur marahlah tapi jangan menangis di sini. Shahrul tak suka.” katanya terketar-ketar menahan sendu. Faiz yang dari tadi memerhatikan mereka mula mendekat.
“Nur? Apa dah jadi Nur? Faiz? Kenapa kau orang bawa aku ke sini?” bentaknya. Sedikit marah dengan perlakuan sepupu serta tunang sepupunya itu.
“Err Farah, se... sebenarnya Shahrul dah tak... tak ada.” Kata Nur Hasina gagap. Dia dapat melihat dengan jelas muka sepupunya itu berubah pucat.
“Hah? Tak... tak mungkin! Nur jangan mengarut boleh tak?” marah Farahin yang agak terkejut dengan kata-kata yang keluar dari mulut Nur Hasina.
“Farah, apa yang Nur kata itu betul. Shahrul sudah pergi tinggalkan kita enam bulan yang lalu. Dia... sakit.” Terang Faiz pula perlahan. Sama seperti Nur Hasina, dia juga tidak mampu untuk terus bertahan. Akhirnya air mata lelaki itu jatuh juga.
“Kau orang tipu Farah kan?” Farahin panik melihat Nur Hasina dan Faiz menangis. Dia takut jika apa yang diperkatakan oleh lelaki itu betul.
“Kami tak tipu, sumpah ianya kenyataan. Shahrul pergi tinggalkan kita hampir enam bulan dah Farah. Nur terima berita tu masa Farah baru selesai jalani pembedahan yang kedua, ayah Farah tak bagi Nur beritahu Farah sebab dia tak nak Farah sedih.” Akhirnya Nur Hasina membuka cerita. Faiz yang berada di sebelahnya mengangguk tanda bersetuju.
Farahin mula longlai, kakinya terasa tidak berpijak ke tanah dan pandangannya mula berpinar. “Kalau betul apa yang Nur khabarkan kepada Farah sebentar tadi, mengapa Nur tipu Farah selama Farah kat rumah Nur? Mengapa sekarang baru Nur beritahu semuanya kepada Farah? Mengapa bukan enam bulan yang lepas lagi!” tangis Farahin mula kedengaran. Tubuhnya yang hampir rebah itu sempat disambut oleh Faiz. Dia didudukkan di dalam kereta. Tangisannya masih kedengaran dan Nur Hasina masih tidak berhenti memujuk.
“Farah nak tengok pusara dia.” Ujar Farahin setelah kembali tenang tapi sendu tangisnya masih lagi kedengaran. Mukanya merah kerana terlalu banyak menangis. Mereka jadi simpati melihat keadaannya. Lantas tanpa membuang masa mereka mengiringi Farahin ke pusara Shahrul.
Lama Farahin menatap kubur itu. Tanahnya sudah kering menunjukkan bahawa ianya sudah lama berada di situ. Jelas terpampar di batu nisan itu nama kekasihnya itu. Mohd Shahrul Ridzuan bin Mohd Hamzah. Air matanya menitik. Segera dia mengelapnya dengan hujung baju tangannya. ‘Enam bulan Shahrul, mereka sembunyikan kepemergian engkau kepada aku.’
Dia duduk bersimpuh di satu sudut bersebelahan dengan pusara itu. Senaskah surah al-Fatihah di kirimkan kepada arwah. ‘Aku rindu kau Shahrul.’
“Farahin, awak jangan cepat putus asa tau, sakit itukan ujian Allah, awak kena laa kuatkan semangat untuk terus melawannya. Jangan cepat mengalah sayang, saya tahu awak kuat untuk harungi semua ini.” Kata Shahrul mesra sehari sebelum Farahin menjalani pemedahan untuk membuang darah beku di kepalanya.
“Tapi kalau saya mati time pembedahan tu macam mana?” duga Farahin.
“Urm... kalau awak mati... kalau awak mati saya cari perempuan lain. Hehehe.”
“Jahat!!!”
“Haha... jangan laa marah, saya bergurau je. Saya sayang awak Nurul Farahin.”
‘Tapi sekarang ianya terbalik Shahrul, semasa saya jalani pembedahan hari tu saya selamat tapi awak yang pergi. Mengapa awak tak beritahu saya yang awak sakit? Mengapa awak sembunyikan hal itu dari pengetahuan saya? Mengapa awak tak kuat semangat lawan penyakit awak macam yang awak suruh saya buat?’ Lama Farahin termenung di sisi pusara arwah Shahrul.
Nur Hasina dan Faiz yang dari tadi memerhatikan Farahin dari jauh mula mengajaknya pulang. Sekali lagi setitis air mata Nurul Farahin jatuh ke pusara lelaki yang pernah bertakhta dihatinya itu.