Wahai sahabatku,
Cinta itu memang mimpi indah,
Mimpi yang sering membuatkan kita terbuai-buai dari realiti,
Juga mimpi yang selalu membuatkan kita berasa sungguh indah...
Tetapi,
Bukan semua cinta itu diakhiri dengan rasa bahagia,
Bukan semua cinta itu membuat kita gembira,
Kadang-kadang kerana cinta membuat kita sedih,
Kerana cinta membuat kita terluka,
Dan kerana cinta jugalah membuat kita kecewa...
Dengar sini sahabatku,
Rasa cinta itu telah mengajar kita tentang suatu perasaan,
Perasaan di mana kita lebih menghargai seseorang,
Janganlah bersedih jika dia sudah mula menjauhi kita...
Janganlah kecewa jika dia sudah tidak mencintai kita...
Kerana, dia yang masih tidak memahami maksud cinta...
Sahabatku...
Bunga itu bukan sekuntum,
Kumbang pun bukannya seekor,
Biarkan dia pergi dengan hati yang ikhlas,
Perginya dia bukan bermakna tamatnya kisah cinta kita,
Janganlah bersedih,
Kerana apabila tibanya masa nanti,
Pasti akan ada yang sudi mendampingi kita...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan