sakoz.fm

Khamis, 19 Julai 2012

Kerana Cinta


Wahai sahabatku,
Cinta itu memang mimpi indah,
Mimpi yang sering membuatkan kita terbuai-buai dari realiti,
Juga mimpi yang selalu membuatkan kita berasa sungguh indah...

Tetapi,
Bukan semua cinta itu diakhiri dengan rasa bahagia,
Bukan semua cinta itu membuat kita gembira,
Kadang-kadang kerana cinta membuat kita sedih,
Kerana cinta membuat kita terluka,
Dan kerana cinta jugalah membuat kita kecewa...

Dengar sini sahabatku,
Rasa cinta itu telah mengajar kita tentang suatu perasaan,
Perasaan di mana kita lebih menghargai seseorang,
Janganlah bersedih jika dia sudah mula menjauhi kita...
Janganlah kecewa jika dia sudah tidak mencintai kita...
Kerana, dia yang masih tidak memahami maksud cinta...

Sahabatku...
Bunga itu bukan sekuntum,
Kumbang pun bukannya seekor,
Biarkan dia pergi dengan hati yang ikhlas,
Perginya dia bukan bermakna tamatnya kisah cinta kita,
Janganlah bersedih,
Kerana apabila tibanya masa nanti,
Pasti akan ada yang sudi mendampingi kita...


Selasa, 17 Julai 2012

Mutiara Kata

semua kata-kata ni saya ambil dari internet dan saya simpan sebagai koleksi, antara mutiara kata yang saya suka adalah:

Bukan laut namanya kalau air tidak pernah berombak,
Bukan cinta namanya kalau perasaan tidak pernah terluka,
Dan bukan kekasih namanya kalau hati ini tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Sometimes,
We doesn’t realize how much we care for someone until they stop caring for us..

Sesuatu yang  diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi, apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba...

Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan, kerana kegembiraan belum pasti untuk selama-lamanya.

Teman yang disirami kasih sayang...
Menyuburkan keimanan, mengharapkan keredhaan Tuhan, menjalin ukhwah juga menyemai cinta dan kasih Ilahi agar tersemai Islam di hati.

When I miss you... I just close my eyes... and I’m with you..

Ketika tiba saat perpisahan, janganlah kamu berduka...
Sebab apa yang kamu paling kasihi darinya, akan nampak lebih nyata dari kejauhan,
Seperti gunung yang nampak lebih agung, terlihat dari padang dan dataran.

Ingatlah...
Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Ukhwah itu bagai seutas tasbih... ada awal tiada penghujung.
Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya,
Dan diratib untuk redhaNya.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Friendship is a smile and conversation,
Friendship is warm appreciation,
Friendship is trust and patience too,
Friendship is good when it’s Me and You. 

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan,
Walaupun maut menjadi masalahnya,
Kerana seseorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain,
Walaupun tanpa bayangnya.

Sematkan Islam di hati,  tanamkan iman nan suci,
Bajai takwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam dan di malam yang amat kelam...
Kerana ianya wujud tapi sukar dilihat.

Ada kekuatan di dalam cinta...
Dan orang yang sanggup memberikan cinta ialah orang yang kuat...
Kerana ia boleh mengalahkan keinginan, untuk mementingkan diri sendiri.

You are my friend and I hope you know that's true.
No matter what happens I will stand by you.
So just call on me when you need me my friend.
I will always be there even to the end.  ^_____^