sakoz.fm

Sabtu, 29 September 2012

Mutiara Kata 2


Jangan berputus asa wahai sahabatku,
Perjuangan kita masih panjang, teruskan usaha baikmu itu.


Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa,
Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian...
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak berusaha mencari penyelesaiannya  untuk menyelamatkan diri dan keadaan.

Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan menyedarinya.

Hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadang kala boleh merosakkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.

Please remember me and keep my heart from the hammer of jealous.

Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia.
Mereka mencintai kematian di dalam ketaatan.
Mereka melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan.
Jika berkuasa, mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan unjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang yang beruntung.!
Kitakah mereka itu??

Ikhlaslah menjadi diri sendiri...
Agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.

Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun... yang bila-bila masa sahaja akan pecah.

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi...
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa...
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu...

Esok pasti ada...
Tapi esok belum pasti untuk kita...
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti kan mendatang.

Ahhh...
I forgot your name.!!
Urm... can I call you mine?
And... in case you forgot my name too...
Call me yours!

Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas...
Walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta maksud.

Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan kebahagiaan tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan, ketahuilah setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung 1001 kemanisan.

Jadilah seperti epal yang berbuah pada pokoknya,
Yang mana ia tidak akan gugur atau membusuk selagi belum dipetik dari tangkainya... 

Ya Allah...
Jadikan aku wanita yang solehah... yang baik diantara yang terbaik...
Dan kurniakan aku pendamping yang baik... dalam mendapatkan sesuatu yang terbaik dariMu...
Amin...


Friends will come and friends will go, the seasons change and it will show,
I will age and so will you, but our friendship stays, stong and true.

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.


Apalah erti setitis embun jika mahu dibandingkan dengan lautan yang luas.

Masa lalu untuk dikenang, masa kini untuk dihadapi dan masa akan datang untuk dinanti...

Jangan terlalu membenci musuhmu kerana mungkin kelak nanti dia akan menjadi sekutumu,
Jangan pula terlalu menyanyangi sekutumu kerana mungkin kelak nanti dia akan menjadi musuhmu.

I have liked many, but loved very few.
Yet no one has been, as sweet as you.

Bukan titik yang menyebabkan tinta, tetapi tinta yang menyebabkan titik...
Bukan cantik yang menyebabkan cinta, tetapi cinta yang menyebabkan cantik.

Dunia ini umpama lautan yang luas dan kita adalah kapal yang berlayar pada lautan.
Telah banyak kapal karam di dalammya...
Andai muatan kita adalah iman dan layarnya takwa,
Nescaya kita akan terselamat dari tersesat di lautan hidup ini.


Khamis, 19 Julai 2012

Kerana Cinta


Wahai sahabatku,
Cinta itu memang mimpi indah,
Mimpi yang sering membuatkan kita terbuai-buai dari realiti,
Juga mimpi yang selalu membuatkan kita berasa sungguh indah...

Tetapi,
Bukan semua cinta itu diakhiri dengan rasa bahagia,
Bukan semua cinta itu membuat kita gembira,
Kadang-kadang kerana cinta membuat kita sedih,
Kerana cinta membuat kita terluka,
Dan kerana cinta jugalah membuat kita kecewa...

Dengar sini sahabatku,
Rasa cinta itu telah mengajar kita tentang suatu perasaan,
Perasaan di mana kita lebih menghargai seseorang,
Janganlah bersedih jika dia sudah mula menjauhi kita...
Janganlah kecewa jika dia sudah tidak mencintai kita...
Kerana, dia yang masih tidak memahami maksud cinta...

Sahabatku...
Bunga itu bukan sekuntum,
Kumbang pun bukannya seekor,
Biarkan dia pergi dengan hati yang ikhlas,
Perginya dia bukan bermakna tamatnya kisah cinta kita,
Janganlah bersedih,
Kerana apabila tibanya masa nanti,
Pasti akan ada yang sudi mendampingi kita...


Selasa, 17 Julai 2012

Mutiara Kata

semua kata-kata ni saya ambil dari internet dan saya simpan sebagai koleksi, antara mutiara kata yang saya suka adalah:

Bukan laut namanya kalau air tidak pernah berombak,
Bukan cinta namanya kalau perasaan tidak pernah terluka,
Dan bukan kekasih namanya kalau hati ini tidak pernah merasa rindu dan cemburu.

Sometimes,
We doesn’t realize how much we care for someone until they stop caring for us..

Sesuatu yang  diimpikan tidak selalu menjadi kenyataan,
Tetapi, apa yang tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba...

Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam,
Tetapi usah kita ketawa berpanjangan, kerana kegembiraan belum pasti untuk selama-lamanya.

Teman yang disirami kasih sayang...
Menyuburkan keimanan, mengharapkan keredhaan Tuhan, menjalin ukhwah juga menyemai cinta dan kasih Ilahi agar tersemai Islam di hati.

When I miss you... I just close my eyes... and I’m with you..

Ketika tiba saat perpisahan, janganlah kamu berduka...
Sebab apa yang kamu paling kasihi darinya, akan nampak lebih nyata dari kejauhan,
Seperti gunung yang nampak lebih agung, terlihat dari padang dan dataran.

Ingatlah...
Sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.

Ukhwah itu bagai seutas tasbih... ada awal tiada penghujung.
Dicipta untuk mengingatiNya, dibahagikan untuk cintaNya,
Dan diratib untuk redhaNya.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Friendship is a smile and conversation,
Friendship is warm appreciation,
Friendship is trust and patience too,
Friendship is good when it’s Me and You. 

Tiada ungkapan perpisahan dalam persahabatan,
Walaupun maut menjadi masalahnya,
Kerana seseorang sahabat itu terlalu istimewa dalam doa saudaranya yang lain,
Walaupun tanpa bayangnya.

Sematkan Islam di hati,  tanamkan iman nan suci,
Bajai takwa setiap hari, berbuahlah bahagia hakiki.

Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam, di atas batu yang hitam dan di malam yang amat kelam...
Kerana ianya wujud tapi sukar dilihat.

Ada kekuatan di dalam cinta...
Dan orang yang sanggup memberikan cinta ialah orang yang kuat...
Kerana ia boleh mengalahkan keinginan, untuk mementingkan diri sendiri.

You are my friend and I hope you know that's true.
No matter what happens I will stand by you.
So just call on me when you need me my friend.
I will always be there even to the end.  ^_____^