sakoz.fm

Selasa, 28 Jun 2011

Perpisahan Yang Pasti

Bila dia semakin menghampiri,
Hati mula berasa tidak tenang,
Takut mula menyelubungi jiwa,
Hapus semua kegembiraan di mata,
Dan sedih kini menjadi teman setia.

Bila dia semakin menghampiri,
Jiwa kacau serta-merta,
Mula terfikir akan segalanya,
Bagaimana nanti dengan ibu dan ayah?
Adik-adikku?
Mereka masih mentah...
Masih hijau untuk kehilanganku,
Dan persoalan yang paling menggusarkan hati,
Cukupkah ilmu yang ada sebelum aku ikut si dia?

Takut...
Tidak pernah aku takut sebegini,
Sehingga aku dapat merasa tubuh ini menggigil kerananya,
Bayangan tentang salahku menerpa di minda,
Astagfirullahhalazim...
Banyaknya tidak dapat ku kira,
Hingga tidak sanggup aku mengingatinya lagi
Ampuni aku Ya Allah.

Bila dia semakin menghampiri,
Malam itu esakkanku kedengaran,
Menangisi nasib diri,
Kesal akan keseronokkan dunia,
Yang membuat aku alpa selamanya,
Hingga muncul malam ini,
Baruku tersedar dari tidur yang panjang,
Tapi sayang...
Semuanya sudah terlambat,
Aku semakin lemah di situ,
Mereka pula masih setia bersamaku,
Kalimah syahadah di bisikkan syahdu,
Sayunya perasaan menyesakkan dada.

Subuh itu azan mula berkumandang,
Mataku terbuka perlahan,
Segeraku bangkit dari pembaringan,
Laillahhaillallah...
Aku bermimpi,
Mimpi yang membawa pengajaran.

Aku insaf...
Aku insaf akan segala dosa-dosaku,
Lalu pantas ku bangun menuju ke kamar mandi untuk berwuduk,
Ketika air menyapa muka,
Satu ketenangan mula terpancar,
Sudah lama aku tidak menghadapNya,
Lalu mimpi tadi aku tinggalkan,
Tujuanku kini hanya satu,
Ingin mengadu cerita bersamaNya,
Namun...
Usai sudah menangis hiba,
Tiba-tiba jantungku berdegup kencang,
Pandanganku menjadi kelam,
Dan
Kelam selama-lamanya.

Selasa, 7 Jun 2011

Sadiskah Aku?

Sadis...itukah aku?
Benarkah itu perangaiku? Benarkah itu tingkah laku aku?
Perempuan yang selama ini dipandang mulia, baik, naif dan segala-galanya yang membuatkan mata para ibu sejuk apabila memandang,
namun sebenarnya bukan seperti yang di sangka.

Itukah aku?
Ya Allah... aku sedar semua itu,
namun mengapa masih tiada jalan untukku keluar dari kegelapan ini?
Mengapa semangatku untuk berubah masih luntur?
Sedangkan selama ini aku bersahabat dengan ramai rakan-rakan yang mempunyai ilmu agama yang tinggi jika mahu dibandingkan dengan aku.

Luahkan sayang, luahkan....
Namun, itulah aku...tidak mahu membuka cerita.
Segalanya dipendamkan tidak mahu berkongsi sama
dan akhirnya diri sendiri yang menderita.
Arghhh...aku mahu berubah, aku mahu berubah!
Namun, bukan mudah seperti dikata.

Wahai para mujahidah, bantulah aku untuk menjadi seperti kamu.
Wahai para khalifah bimbinglah aku supaya menjadi seperti isteri-isterimu.
Bukan ku tak mahu mendengar kata.
Bukan juga ku tak mahu jadi sempurna,
namun keadaan yang membezakan kita.
Wahai Sang Pencipta,
berilah aku kesempatan untuk mendalami agamaMu,
sebelum diri yang penuh dosa ini kembali menghadapMu.

Sabtu, 4 Jun 2011

Awak Ingat Tak?

“Awak-awak, awak  ingat lagi tak kenangan yang ada pasal kita berdua? Dulu kita selalu habiskan masa sama-sama kan? Time kita sekolah rendah, waktu hari minggu je mesti awak akan terpacak dekat depan rumah saya. Nasib baik abah, ibu dengan along tak kisah kalau awak datang... awak selalu makan tengah hari dengan kteorang kn... Ishh... ambik kesempatan betul kan awak ni, saya tau arr ibu saya masak sedap itu yang tiap-tiap hari minggu awak datang. Datang bukan pasal saya tapi pasal masakkan ibu. :-p Tapi saya tak kisah semua tu, janji awak ada, itu dah kira baik untuk saya sebab adalah saya kawan bila nak main nanti...!!
 Tapi waktu tu saya nakal kan awak, saya selalu paksa awak main masak-masak. Bila sepupu-sepupu saya yang lelaki datang diaorang tak nak main permainan ‘gurl-gurl’ ni tapi awak tak kisah, awak selalu kata demi saya awak sanggup buat apa saja. Itu yang saya sayang kat awak sangat-sangat, awak selalu menurut perintah saya. Hehehe... tapi time tu kita still budak hingusan kan. Sorry ea sebab selalu paksa awak main masak-masak. ^_^
Awak, awak ingat tak time keputusan UPSR keluar? Awak dapat 5A.!! Pandainyer awak ni, saya pulak cuma dapat 3A je padahal kita selalu belajar sama-sama kan. Urm... tak apa laa, rezeki masing-masing. Time tu awak hampir je lupa kat saya bila kawan-kawan dan cikgu-cikgu sibuk puji awak. Saya balik sendiri tau hari tu. Sedih bila awak biarkan saya balik sorang-sorang padahal sebelum ni hari-hari kita balik bersama. :’( Tapi kesedihan tu sekejap je datang, sebab malam tu awak call saya. Happy sangat taw dapat dengar suara awak.
Bila masuk sekolah menengah pon kita still satu sekolah kn. :) Satu hari tu masa dalam tingkatan empat, awak dapat surat tawaran belajar kat MRSM disebabkan keputusan PMR awak bagus. Time tu tak silap saya awak dapat 7A kn? Untungnyer awak...! Awak ingat tak awak bincang dengan saya pasal tawaran MRSM tu? Hmm... saya ingat lagi, time tu awak dalam keadaan serba salah kan. Awak nak pergi belajar kat sana tapi dalam masa yang sama awak tak nak tinggalkan saya. Awak tak nak tinggalkan saya? Wahh... sukanya hati bila awak ckp macam tu..! Rasanya saya dah jatuh cinta kat awak laa...! Hehehe...:-p
Akhirnya awak buat keputusan nak belajar je kat sekolah lama. Hehehe... sukanya saya! Sebenarnya parents awak pon tak bagi awak pergi MRSM tu sebab awak kan kena pergi MRSM kat Kedah. Jauh dari diaorang tapi diaorang tak kisah, semua keputusan kat tangan awak. Awak tak tau kan hal ni? Ni saya bgtau.? Hehehe...
Awak ingat lagi tak? Suatu hari tu kan, ibu saya sakit, abah pergi outstation n along lak memang tak de kat rumah sebab dia  study kat Pahang. Nasib baik awak ada.! Mak awak baik kan, bila dia tahu awak nak jenguk ibu saya cepat-cepat dia masakkan sikit makanan. :) Lagi satu yang saya tak tahu tentang awak, awak pandai masak..! Boleh lak saya tak sedar dengan bakat awk tu kan. Hari tu depan-depan saya, awak masak nasi goreng bila tahu saya lapar sebab sibuk uruskan ibu. Sedap jugak nasi goreng tu.. Malu saya dengan awak sebab awak reti masak makanan, saya pulak hanya reti masak air. :-p
Awak... sekarang kita belajar dalam satu universiti yang sama kan. Walaupun jauh dari keluarga, semuanya berjalan baik n persahabatan kita pun ok. Tapi awak tahu tak bila satu hari tu saya nampak awak jalan berpimpin tangan dengan seorang perempuan lain saya jadi jelous? Siapa perempuan tu? Cantik, bergaya lagi kalau nak dibandingkan dengan saya. Awak kata tu buah hati awak. Hmm... Saya tak kisah kalau awak dah ada makwe, tapi sekarang awak jarang jawab call saya, saya masej awak tak pernah nak balas. Kenapa awak buat saya macam ni.! Awak tahu tak saya sedih sangat bila awak mula jauhkan diri dari saya. Hari tu time saya terserempak dengan awak, saya tegur tapi awak layan macam nak tak nak je. :’( Awak ingat kan? Tak kan awak dah lupa yang awak sakitkan hati saya time tu? Sampai hati awak kan..!
Awak... awak ingat tak, satu hari tu saya ada call awak?  Hari tu saya rasa lemah sangat-sangat, semua badan saya sakit, nak bernafas pun tercungap-cungap. Saya kena demam teruk rasa macam dah nak mati je time tu. Dah laa hari tu semua housemate balik kampung diaorang, tinggal saya sorang je kat rumah. Time tu hari dah malam, saya pun tak tahu nak minta tolong siapa. Last-last nama awak jugak yang terlintas dalam fikiran saya. Saya call awak, sekali.. dua kali.. kali ketiga baru awak angkat. Sedihnya bila awak tak nak cakap dengan saya tapi time tu saya tengah sakit sangat-sangat. Saya merayu kat awak. Awak ingat tak? Walaupun awak malas, tapi awak janji dengan saya awak akan sampai lagi 15 minit. Terima kasih awak. Tapi, hampir sejam saya tunggu, awak tak datang pun..!!! Sampai hati awak kan..!! Akhirnya saya pergi hospital naik teksi je dalam keadaan sakit macam tu. :( Pakcik teksi tu baik, dia yang panggilkan nurse suruh bawak saya masuk. Awak tau tak? Seminggu saya duduk hospital tapi awak tak pernah datang jenguk pun apatah lagi call. Sampai hati awk kan...
Awak... hari ni saya tak dengar pun lagi suara awak walaupun saya rindu. Hari ni saya tak nampak pun lagi kelibat awak walaupun saya perlu. Saya sayang awak. Saya tak sanggup kehilangan awak tapi saya perlu relakan juga kan? Hmm...tak apa, biar saya undur diri asalkan awak tidak sepi. Betul kata orang kan awak, setiap pertemuan pasti ada perpisahan.

Bicara Hati Seorang Sahabat...

Mata...
Pernahkah kau melemparkan pandangan sinis
Hingga membuatkan hati sahabatku terasa?

Lidah...
Adakah kau tersalah bicara
Hingga membuatkan hati sahabatku terluka?

Hati...
Betulkah kau berburuk sangka
Hingga membuatkan hati sahabatku kecewa?

Tahukah kamu
Bahawa di antara ramai sahabatku
kamu yang paling istimewa?
Tidak pernah terlintas dimindaku untuk
Menyakitimu
Apatah lagi melukakanmu

Lantas
Mengapa kini kau mula berubah sikap
Tidak bertegur-sapa denganku
Tidak mahu berbicara denganku
Tidak memperdulikan aku




Mengapa wahai sahabat?
Tahukah hatiku merana dengan perbuatan kamu?
Hiba dengan sikapmu?
Janganlah kamu berdiam diri tanda memprotesku
Terangkan tentang salahku
Moga aku tahu tentang silapku

Sahabat
Andai kamu masih dengan sikapmu itu
Aku redha
Mungkin salahku besar buatmu
Namun ketahuilah
Aku mohon
Agar pintu hatimu terbuka untuk memaafkanku
Dan kembali bergelak tawa denganku
Seperti masa-masa dulu.

Bersaksikan Hujan...

Aku memandang dia yang sedang nyenyak tidur di sisiku. Lena. Entah mengapa malam ini aku tidak boleh melelapkan mata. Puas aku mengiring ke kiri, ke kanan, telentang, namun masih lagi gagal memejamkan mata walaupun jam sudah mencecah angka 2. ‘Mungkin terlebih minum kopi selepas makan malam tadi kot,’ getus hatiku. Akhirnya aku mengalah dengan kedegilan mata ini. Aku bangkit dari pembaringan lalu mengidupkan lampu meja yang berada di sebelahku. Aku menoleh ke arahnya sekali lagi. Dengan bantuan cahaya dari lampu meja aku dapat melihat dengan jelas Arif khusyuk dengan tidurnya. “Lenanya tidur... dia pun minum kopi tadi tapi kenapa boleh aje tidur, aku pulak yang terkebil-kebil sorang diri pagi-pagi buta ni. Sudahlah esok nak pergi kerja!” aku mengomel sendirian.
Laci meja tepi aku tarik untuk mendapatkan sebuah novel sebagai peneman dikala aku tak boleh tidur. Aku ni memang hantu novel, setiap bulan mesti ada sebuah novel yang aku beli. Arif pernah mencadangkan aku meminjam novel rakan-rakan aje sebab aku ni tak suka ulang baca novel yang sama. Selalunya setelah habis membaca yang ini, aku akan simpan terus dalam almari dan membaca yang lain pula. Kata Arif daripada menghabiskan duit membeli novel, lepas baca simpan aje dalam almari, baik duit itu simpan dalam bank berguna jugak untuk masa depan. Untuk perkara yang satu ini, aku tak pernah bersetuju dengan pendapatnya. Itu duit aku suka hati akulah kan nak buat apa. Lagipun sejak aku mula-mula dapat gaji aku akan ketepikan dalam 50 ringgit sebulan semata-mata untuk sebuah novel. Huh...gila juga tu kan? Ahh...peduli apa, mungkin ramai lagi yang macam aku sebenarnya. Hehe...
Buku yang berada di tangan ini baru beberapa helai muka suratnya yang aku baca. Aku selak ke halaman yang telah aku tandakan sebagai belum baca. Lama ku renung halaman terbabit. Hmmm...langsung tidak menarik minatku waktu itu.
Dari sebalik langsir yang menutup tingkap dikamarku, kedengaran bunyi hujan turun merintik-rintik. Makin lama makin kasar bunyinya menghempas bumbung rumah. Terdetik di hatiku untuk melihat hujan yang turun. Perlahan-lahan aku turun dari katil, tidak mahu pergerakanku mengejutkan sang suami. Kaki menapak ke arah tingkap, perlahan-lahan aku selak langsir dan duduk di tepi penjuru tingkap memerhatikan hujan yang sedang menari dihadapanku. Tenang rasanya. Tingkap aku buka sedikit, menghidu udara malam dan bau hujan amat nyaman rasanya. Pagi-pagi buta begini tiada sesiapa pun yang kelihatan di kawasan perumahan itu. Sunyi. Hanya hujan peneman aku kala ini.
Hujan yang masih turun dengan begitu lebat sungguh mengasyikkan. Ingatanku terbang pada dua bulan yang lepas. 24 Oktober 2010 ialah tarikh keramat yang pertama kali membuatkan aku sesak nafas dalam riang di waktu hujan begini.
 Hari itu, aku mengajak Arif makan malam di rumahku. Sebenarnya aku teragak-agak untuk mempelawanya tetapi ibu yang beria-ia meminta aku  menjemput dia dan keluarganya menjamu selera bersama. Alaa... releks laa macam tak biasa. Dulu waktu sekolah menengah dulu pun dia selalu bertandang ke rumah aku, membuat kerja sekolah bersama. Kira kami ini berkawan baik jugalah semasa sekolah menengah. Tapi sekarang masing-masing sudah berumur 26 tahun. Hampir lima tahun lamanya aku tidak bersua muka dengannya sejak dia melanjutkan pelajaran ke luar negara, walaupun sering berbalas e-mail, selalu berbual menerusi telefon dan ym, ianya tidak sama dengan bertentang mata seperti yang akan berlaku pada malam itu.
Malam itu hujan turun dengan lebatnya. Usai makan malam, mereka mengambil tempat di ruang tamu untuk berbual mesra. Lama sudah Arif meninggalkan bumi Malaysia dan baru beberapa hari yang lepas dia pulang ke sini semula. Ayah dan ibu tidak melepaskan peluang untuk menemubual Arif. Manakala aku masih di dapur membancuh teh untuk para tetamu.  Tidak tahu mengapa aku yang jenis periang bertukar segan dihadapanya. Tak pernah aku merasakan hal yang sedemikian. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak bertemu itulah menjadi penyebabnya.
Setelah selesai aku menghidangkan teh buat tetamu, aku berlalu ke dapur dan terus ke halaman rumah melalui pintu dapur walaupun telah diajak untuk turut serta berbual. Aku fikir mungkin aku boleh menghilangkan rasa segan itu di luar rumah, namun sangkaanku meleset apabila melihat Arif bersandar di tembok batu memandangku.
“A...Arif kenapa kat sini?” tanyaku berdebar. Dari pintu kaca rumah aku dapat melihat ibu dan ayah sedang berbual-bual dengan ibu dan ayah Arif.
“Saje...aku rindu kau laa,” kata Arif selamba tanpa menyedari kata-katanya sebentar tadi lagi menyentap jatungku. Kenapa dengan aku ni? Selalu berbual kat telefon tak ada pula rasa macam ni!
“Kenapa dengan engkau ni? Muram semacam aje... tak suka aku datang ke?” tanyanya. Pasti Arif dapat mengesan sesuatu yang tak kena dengan diri aku kerana sejak makan tadi aku tidak banyak bersuara. Sepatah ditanya sepatah aku jawab.
“Eh...bukan,bukan. A...a...aku, err...eh, macam mana hidup kau kat Austrilia tu? Best tak? Jom duduk kat situ, penatlah berdiri,” dalih aku. ‘Bukan aku tak suka kau datang tapi aku tak tahu kenapa tiba-tiba segan macam ni.’ Kata hati aku lalu membawa Arif duduk di meja batu yang memang ada di depan rumahku. Perbualan diteruskan hampir sejam di situ. Hujan masih lagi tidak berhenti bermain. Sehinggalah...
“Hani, kalau kita kahwin nak tak?” tanya Arif secara tiba-tiba. Terasa darah menyerbu ke muka. ‘Huh... dia ni main-main apa?’ merah makin terpancar ke mukaku menahan malu.
“Hahaha...kau ni, siapa yang tak nak kahwin. Aku kahwin nanti-nantilah lagipun aku mana ada orang nak. Kenapa, kau nak kahwin ea? dengan siapa?” tanya aku dalam tawa. Cuba menyembunyikan gementar di hati. Hujan yang turun lebat tidak mampu meyenangkan hatiku.
“Kau.” Satu perkataan sahaja disebut. Secara serius.
“Kau ni serius sikit boleh tak? Janganlah nak main-main macam ni?” marah aku. Aku tak mampu bersopan dengannya kerana rasa curiga, takut, gembira, suka, semua ada dalam hati. 
“Aku serius laa ni. Hani, sudi tak kau jadi isteri aku buat selama-lamanya? Kalau sudi aku minta mak ayah aku merisik kau sekarang juga!” kata-katanya tegas membuktikan bahawa dia berkata benar.
Tubuhku terasa keras seperti ais. Hujan yang turun lebat menambahkan dingin. Payahnya untuk aku berkata-kata. Semua perasaan bercampur baur. Gembira, suka, rasa mahu menangis pun ada. Tanpa disangka aku mengangguk tanda setuju. Senyuman terukir di bibir Arif. Dia segera berlalu masuk ke dalam. Setelah dia masuk, aku melepaskan keluhan, menangis di situ kerana tidak pernah menyangka setelah lima tahun dia pergi ke luar negara kini dia kembali ke tanah air dan mengetuk pintu hatiku untuk menjadi isterinya. Dalam hati terlahir juga rasa ‘ish..tak romantik langsung laa dia ni, ada ke lamar aku pakai ‘kau’ ‘aku’, dah tu kat rumah pulak, cuba lamar kat restoran ke? Kat tempat lain ke?.’
“Hani, kenapa tidur kat sini?” satu suara menyapa gegendang telinga. Aku dapat merasakan ada tangan mengusap rambutku.
“Hmm...ohh abang, Hani tertidur kt sini malam tadi tengok hujan. Hehehe... dah pukul berapa ni?” gelakku sambil terpisat-pisat mengosok mata apabila menyedari aku tertidur rupanya di balik tingkap semalam.
“Apa ke benda laa tengok hujan malam-malam buta tadi? Kalau ternampak benda lain abang tak tau. Hahaa... dah laa, bagun cepat, dah subuh pun ni. Jom sembahyang jemaah.” Ajak Arif menarik tanganku supaya segera bangun untuk menunaikan perkara wajib dalam hidup.
“Yelaa, yelaa... Hani tahu laa, pergilah ambil wuduk dulu.” Balasku malas. Arif melepaskan tanganku lalu segera dia ke bilik air.
Aku melemparkan pandangan ke luar tingkap. Hujan mula renyai-renyai. Ku ukirkan senyuman kerana mimpi malam tadi. Hujan yang menjadi saksi ketika kami bersetuju untuk hidup bersama. Harap lelaki yang baru ku nikahi seminggu yang lalu mampu membawa aku ke jannahNYA.
~Tamat~