Jangan berputus asa wahai sahabatku,
Perjuangan kita masih panjang, teruskan usaha baikmu itu.
Kehidupan ini tidak menjanjikan kebahagiaan sepanjang masa,
Kadang kala manusia diasak dengan pelbagai dugaan dan ujian...
Sekiranya lemah, kita akan terus hanyut mengikut kata hati dan tidak
berusaha mencari penyelesaiannya untuk
menyelamatkan diri dan keadaan.
Kehidupan itu adalah suatu nikmat bagi orang yang menghargai dan
menyedarinya.
Hidup ini tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadang kala boleh
merosakkan diri sendiri. Perkara utama yang harus kita fikirkan ialah menerima
sesuatu atau membuat sesuatu dengan baik berlandaskan kenyataan.
Please remember me and keep my heart from the hammer of jealous.
Mereka mendahulukan akhirat ke atas dunia.
Mereka mencintai kematian di dalam ketaatan.
Mereka melebihkannya dari kehidupan pada kemaksiatan.
Jika berkuasa, mereka menghukum dengan adil, mereka memerintah dengan
unjuran Islam, mereka zuhud, mereka berbuat baik, maka merekalah orang-orang
yang beruntung.!
Kitakah mereka itu??
Ikhlaslah menjadi diri sendiri...
Agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun... yang bila-bila masa sahaja
akan pecah.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi...
Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa...
Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu...
Esok pasti ada...
Tapi esok belum pasti untuk kita...
Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pasti kan mendatang.
Ahhh...
I forgot your name.!!
Urm... can I call you mine?
And... in case you forgot my name too...
Call me yours!
Hidup ini adalah warna-warna yang terlakar pada kanvas...
Walaupun tidak cantik, ia tetap mempunyai sejuta maksud.
Inginkan mutiara selamilah lautan, inginkan kebahagiaan tempuhilah
penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan, ketahuilah setiap kepahitan itu
sebenarnya terkandung 1001 kemanisan.
Jadilah seperti epal yang berbuah pada pokoknya,
Yang mana ia tidak akan gugur atau membusuk selagi belum dipetik dari
tangkainya...
Ya Allah...
Jadikan aku wanita yang solehah... yang baik diantara yang terbaik...
Dan kurniakan aku pendamping yang baik... dalam mendapatkan sesuatu yang
terbaik dariMu...
Amin...
Friends will come and friends will go, the seasons change and it will show,
I will age and so will you, but our friendship stays, stong and true.
Mungkin Tuhan sengaja mahu
kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg betul supaya apabila
kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu bagaimana utk bersyukur
dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apalah erti setitis embun jika mahu dibandingkan dengan lautan yang luas.
Masa lalu untuk dikenang, masa kini untuk dihadapi dan masa akan datang
untuk dinanti...
Jangan terlalu membenci musuhmu kerana mungkin kelak nanti dia akan menjadi
sekutumu,
Jangan pula terlalu menyanyangi sekutumu kerana mungkin kelak nanti dia
akan menjadi musuhmu.
I have liked many, but loved very few.
Yet no one has been, as sweet as you.
Bukan titik yang
menyebabkan tinta, tetapi tinta yang menyebabkan titik...
Bukan cantik yang menyebabkan cinta, tetapi cinta yang menyebabkan cantik.
Bukan cantik yang menyebabkan cinta, tetapi cinta yang menyebabkan cantik.
Dunia ini umpama lautan yang luas dan kita
adalah kapal yang berlayar pada lautan.
Telah banyak kapal karam di dalammya...
Andai muatan kita adalah iman dan layarnya
takwa,
Nescaya kita akan terselamat dari tersesat di
lautan hidup ini.